5 Atlet Profesional dengan Pengikut Terbanyak di Instagram

Sumber gambar: Vbet News

#5 James Rodriguez

James Rodriguez yang berasal daripada Colombia bermain untuk Real Madrid dan pasukan kebangsaan Colombia. Beliau mempunyai pengikut sebanyak 31.7 juta di Instagram dan bilangan itu semestinya akan terus meningkat kerana popularitinya dalam arena sukan. James Rodriguez hanya berumur 25 tahun tetapi berjaya menjaringkan sebanyak 19 gol dalam penampilan sebanyak 54 kali bersama pasukan kebangsaan Colombia, dan 28 gol dalam penampilan sebanyak 77 kali bersama Real Madrid.

 

Sumber gambar: ITV.com

#4 David Beckham

David Beckham dengan pengikut Instagram sebanyak 38 juta sememangnya salah seorang pemain bola sepak yang terkenal di dunia. Beliau satu-satunya pemain Inggeris yang telah memenangi liga di empat negara berbeza. Beckham sudah bersara, tetapi beliau masih dikenali dengan teknik permainannya bersama Manchester United, LA Galaxy, dan pasukan kebangsaan Inggeris. Populariti David Beckham turut menjangkau bidang sukan. Perkahwinan berprofil tinggi bersama Victoria Beckham, dan anak-anak mereka menjadi perhatian dunia.

 

Sumber gambar: Ventures Africa

#3 Lionel Messi

Lionel Messi dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman. Beliau kini bermain untuk pasukan kebangsaan Argentina FC Barcelona, iaitu kelab Sepanyol. Messi mempunyai banyak rekod. Pada 2012, beliau menjadi penjaring terbanyak untuk FC Barcelona, dan rekod ini sememangnya sesuatu yang mengkagumkan. Sepanjang kerjayanya, Messi berjaya menjaringkan lebih 500 gol. Penampilan sebanyak 117 kali bersama Argentina membuahkan 58 gol daripada Messi. Sebagai seorang yang rendah dan kidal, Messi dianggap sebagai ‘underdog’ ketika awal kemunculannya. Lionel Messi mempunyai 73.8 juta pengikut di Instagram.

 

Sumber gambar: Urban Pitch

#2 Neymar

Neymar da Silva Santos Júnior atau dikenali sebagai Neymar merupakan seorang pemain berbakat yang berasal daripada Brazil. Beliau mempunyai 76.4 pengikut di Instagram. Neymar bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil dan FC Barcelona, bersama Lionel Messi. Walaupun masih muda, pada tahun 2010 beliau menjaringkan 52 gol dalam penampilan sebanyak 77 kali bersama pasukan kebangsaan Brazil. Bersama Barcelona, beliau menjaringkan 68 gol dalam penampilan sebanyak 123 kali. Neymar dikatakan setara dengan Pelé, dan pada tahun 2016 ESPN mengiktiraf Neymar sebagai atlet terkenal dunia.

 

Sumber gambar: Sportyou

#1 Cristiano Ronaldo

Seperti Lionel Messi dan David Beckham, Cristiano Ronaldo ialah nama yang terkenal walaupun untuk orang yang tidak mengikuti perkembangan bola sepak. Dengan pengikut Instagram sebanyak 104 juta, beliau merupakan pemain bola sepak yang paling popular di dunia, sekarang. Cristiano Ronaldo bermain untuk pasukan kebangsaan Portugal dan Real Madrid. Perpindahannya daripada Manchester United ke Real Madrid pada tahun 2009 adalah bernilai $132 juta. Pada tahun 2016, beliau merupakan atlet dengan bayaran tertinggi dan hari ini, Cristiano Ronaldo ialah atlet dunia paing terkenal. Cristiano Ronaldo sesungguhnya seorang pemain yang berbakat besar dan ramai mengatakan beliau adalah pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.

Baca lagi: Ini Dia 4 Hal Yang Boleh Merosakkan Fokus Anda Ketika Bekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *