5 Ahli Silap Mata Terhebat Sepanjang Zaman

Silap mata adalah sejenis seni persembahan yang pastinya dapat membuatkan orang ramai terpukau apabila melihat ia dipersembahkan. Malah, silap mata atau magik dikatakan mampu dijadikan medium untuk berinteraksi dengan orang-orang yang tidak dikenali.

Kita boleh lihat dalam rancangan-rancangan silap mata di teleivisyen di mana kita dapat lihat bagaimana ahli silap mata dengan mudah dapat berinteraksi dan menarik perhatian orang-orang yang tidak mereka kenali dengan membuat aksi silap mata.

Disebabkan aksi-aksi silap mata yang sering ditunjukkan oleh ahli-ahli silap mata yang terkenal ini, ramai orang cuba mempelajarinya dan cuba menjadi hebat seperti mereka.

Untuk artikel kali ini, kami di Mensive ingin perkenalkan kepada anda 5 ahli silap mata terhebat sepanjang zaman. Kehebatan mereka sering diperkatakan dan dikaitkan apabila membicarakan perkara-perkara berkaitan silap mata. Tanpa membuang masa, jom kita lihat siapakah 5 ahli silap mata terhebat ini.

ahli silap mata

Kredit foto: Celebrities

#5. David Blaine

David Blaine mula terkenal dalam dunia persembahan seni silap mata melalui rancangan beliau yang bertajuk ‘Street Magic’ yang telah disiarkan pada lewat era 90an. Cara dia membuat silap mata jalanan yang unik telah menarik perhatian orang ramai untuk melihat aksi silap matanya dan diiringi pula dengan gaya persembahan yang ‘cool’ membuatkan orang ramai ternanti-nanti aksi-aksi beliau yang seterusnya.

Antara silap mata David Blaine yang hebat ialah, beliau pernah ditanam hidup-hidup selama 7 hari, berada di dalam bongkah ais selama 63 jam, berdiri di atas tiang kecil setinggi 100 kaki tanpa alatan keselamatan selama 35 jam, duduk di dalam kotak kaca selama 44 jam tanpa makanan dan minuman dan macam-macam lagi silap mata yang hebat yang telah dibuat oleh David Blaine.

Baca lagi: 5 Pelakon Hong Kong Yang Buat Anda Kenal Apa Itu Kung Fu

ads-beard-oil-with-azrel

ahli silap mata

Kredit foto: Pinterest

#4. Criss Angel

Criss Angel atau nama sebenarnya Cristopher Nicholas Sarantakos telah menjadi popular menerusi rancangan silap matanya sendiri yang bertajuk ‘Criss Angel: Mindfreak’. Rancangan ini mula disiarkan pada tahun 2005 sehingga tahun 2010. Dalam tempoh 5 tahun ini, rancangan ini telah disiarkan selama 6 musim.

Antara aksi-aksi hebat Criss Angel ialah, beliau telah berjalan di udara di antara dua bangunan di Las Vegas, memotong dirinya menjadi dua bahagian, berjalan di atas air dan mampu mengapungkan dirinya dengan tinggi sekali.

ahli silap mata

Kredit foto: Political Outcast

#3. Penn dan Teller

Mereka ini adalah ahli silap mata berkumpulan yang popular pada lewat era 80an. Penn dan Teller dikenali kerana persembahan silap mata mereka turut diiringi dengan unsur-unsur komedi yang menyebabkan penonton berasa teruja dan geli hati pada masa yang sama.

Antara keunikan persembahan Penn dan Teller ialah, sebaik sahaja menunjukkan aksi silap mata mereka, mereka akan berkongsi dengan para penonton bagaimana caranya mereka melakukan aksi silap mata tersebut. Ketika membuat persembahan, hanya Penn yang sering berinteraksi bersama penonton manakala Teller lebih banyak mendiamkan diri.

ads-pomade_updated

ahli silap mata

Kredit foto: Steemit

#2. Harry Houdini

Harry Houdini adalah antara ahli silap mata lagenda yang popular antara tahun 1800 sehingga 1900. Beliau popular dengan aksi silap mata melepaskan diri. Harry Houdini menjadi popular semasa beliau mengembara di Eropah, beliau akan berhenti di mana-mana tempat dan akan menyuruh pihak polis menguncinya dan kemudian beliau akan cuba untuk melepaskan diri dan berjaya.

Beliau juga popular dengan aksi di mana beliau akan memakai ‘straitjacket’ (jaket yang biasanya dipakaikan kepada pesalah yang ganas atau pesakit mental) dan kemudian beliau akan diikat ditempat tinggi sambil berusaha untuk melepaskan diri. Beliau juga pernah melepaskan diri dari ‘straitjacket’ semasa di dalam air dan juga semasa ditanam hidup-hidup.

ahli silap mata

Kredit foto: NPR

#1. David Copperfield

David Copperfiled bukan sahaja digelar sebagai pakar silap mata, malah beliau turut digelar sebagai pakar ilusi. Mula menjadi perhatian semasa berumur 19 tahun apabila beliau membuat persembahan silap mata di Honululu, Hawaii. Pada tahun 1977, pihak syarikat televisyen ABC telah melamar beliau untuk membuat rancangan silap mata.

Antara aksi terhebat David Copperfield ialah, beliau telah menghilangkan ‘Statue of Liberty’, terapung di Grand Canyon dan berjalan menembusi Tembok Besar China. Beliau juga dikatakan sebagai ahli silap mata yang gemar menggunakan teknik ‘storytelling’ semasa membuat persembahannya.

Andainya ada ahli silap mata kegemaran anda yang tiada dalam senarai ini, harap anda dapat kongsikannya dengan kami dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Lagu Yang Patut Anda Dengar Untuk Menjadi Lebih Bermotivasi dan Bersemangat

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *