5 Ahli Bina Badan Paling Kaya di Dunia

Sumber gambar: Inc.

#5 Ronnie Coleman

Pendapatan bersih Ronnie Coleman sebagai ahli bina bdan yang berjaya waktu ini ialah $10 juta. Beliau telah memenangi gelaran ‘Mr. Olympia’ sebanyak lapan kali berturut-turut dan kemenangan sebanyak 26 kali sebagai ahli bina badan profesional di International Federation of Bodybuilding and Fitness, iaitu rekod yang tidak pernah dipecahkan oleh sesiapa. Selain bina badan, pendapatannya juga ialah hasil daripada jualan produk pemakanan dan kesihatan sukan melalui syarikatnya Ronnie Coleman Nutrition.

 

Sumber gambar: PRWrestling

#4 Triple H

Dengan pendapatan bersih $25 juta, Triple H atau nama sebenar Paul Michael Levesque merupakan seorang ahli bina badan sebelum menjadi ahli gusti profesional. Mula membina badan semenjak berumur 14 tahun, dan terus mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan, beliau turut memenangi gelaran Mr. Teenage New Hampshire pada tahun 1988. Kini Triple H ialah ahli gusti profesional di WWE. Beliau juga merupakan pengasas NXT dan suami kepada Stephanie McMahon. Triple H merupakan salah satu nama besar dan ahli gusti terhebat WWE.

 

Sumber gambar: Roidvisor

#3 Jay Cutler

Jay Cutler meraih pendapatan bersih sebayak $30 juta. Beliau ialah salah seorang ahli bina badan profesional  terbaik IFBB pada tahun 2017. Memenangi gelaran ‘Mr. Olympia’ pada tahun 2006, 2007, 2009, 2010, ia merupakan separuh daripada kemenangan saingan terhebat seperti Ronnie Coleman. Walaupun memenangi gelaran yang sedikit, Cutler berjaya meraih pendapatan melalui tawaran pengiklanan, penajaan, penjenamaan peribadi dan pemasaran latihan video yang menjadikan beliau seorang jutawan. Beliau mempunyai syarikat pemakanan sukan sendiri iaitu Cutler Nutrition.

 

Sumber gambar: Greatest Physiques

#2 Rich Gaspari

Pendapatan bersih Rich Gaspari ialah $90 juta. Rich Gaspari mungkin tidak begitu dikenali kerana tidak berjaya memenangi gelaran berprestij seperti Mr. Olympia. Tetapi, beliau merupakan ahli bina badan profesional pada tahun 1980an dan 1990an. Beliau termasuk dalam IFBB Hall of Fame pada tahun 2004 dan dianugerahkan anugerah pencapaian seumur hidup Arnold Classic pada tahun 2013. Hampir seluruh kekayaan Rich Gaspari diraih daripada syarikatnya Gaspari Nutrition yang menghasilkan makanan tambahan popular seperti Myofusion, Intrapro, SuperPump 250 dan SizeOn.

 

Sumber gambar: CNBC

#1 Arnold Schwarzenegger

Kerjaya bina badan Arnold Schwarzenegger bermula ketika beliau berumur 15 tahun. Beliau termasuk dalam buku sejarah sebagai salah seorang ahli bina badan terkemuka dan terhebat sepanjang zaman. Arnold menerima gelaran Mr. Universe selama 20 tahun dan memenangi gelaran Mr. Olympia sebanyak tujuh kali. Beliau banyak menulis artikel berkenaan bina badan, menghasilkan banyak DVD dan video latihan senaman, dan juga dipaparkan dalam beratus majalah. Arnold Schwarzenegger pernah menjadi Gabenor California dari tahun 2003 hingga 2011. Beliau juga melangkahkan kaki ke dunia Hollywood yang menjadi faktor atas hampir semua kekayaannya, membintangi Conan the Barbarian, The Terminator, Predator, Total recall, The Expendables 1, 2, 3, Sabotage, Terminator Genisys, dan banyak lagi.

Baca lagi: 5 Tips Untuk Memilih Karier Dengan Lebih Tepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.