4 WWE Tag Team Yang Paling Diingati Kerana Aksi Mereka

Di dalam World Wrestling Entertainment (WWE) ini, kita seringkali memfokuskan kepada atlit-atlit yang beraksi secara individu. Contohnya seperti hanya mengingati atlit-atlit seperti The Rock, Undertaker, Stone Cold Steve Austin dan juga Shawn Michaels.

Tetapi, di dalam WWE sebenarnya ada juga atlit-atlit yang beraksi secara berpasukan ataupun tag team. Mereka ini juga telah mewarnai dunia WWE ini dengan aksi-aksi yang cukup memukau dan menarik perhatian para penonton.

Atlit-atlit tag team ini boleh dikatakan memberi sumbangan yang cukup hebat dalam menaikkan populariti WWE itu sendiri. Tanpa mereka, jika hanya menyaksikan perlawanan para atlit secara individu, pastinya akan membosankan.

Untuk artikel kali ini, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda tag team yang paling diingati dalam sejarah WWE ini. Mereka dipilih berdasarkan aksi berani mati yang ditunjukkan dan kerana semangat ‘brotherhood’ yang begitu kuat dalam diri mereka.

tag team

Kredit foto: needtoconsume.com

The Hardy Boyz

Hardy Boyz ini dianggotai oleh pasangan adik beradik iaitu Matt Hardy dan juga Jeff Hardy. Mereka mula beraksi dalam gelanggang WWE sejak tahun 1998 lagi. Hardy Boyz boleh dikatakan sebagai pasukan yang sangat ekstrem kerana gemar melakukan aksi-aksi di udara semasa berlawan dengan pesaing-pesaingnya.

Hardy Boyz diingati kerana populariti mereka dalam perlawanan yang melibatkan penggunaan tangga seperti ‘table, ladder and chair match’. Aksi somersault Jeff Hardy dari atas tangga pasti akan memukau sesiapa sahaja yang menontonnya.

Tag team ini telah memenangi WWE Tag Team Championship sebanyak 7 kali. Hardy Boyz meninggalkan WWE ini secara berasingan di mana Jeff Hardy keluar dari WWE pada tahun 2009 dan Matt Hardy pula pada tahun 2010.

tag team

Kredit foto: sports.inquirer.net

The Dudley Boyz

Tag team ini juga turut dikenali dengan nama yang berbeza iaitu The 3D. Pasukan ini dibarisi oleh dua atlit iaitu Bubba Ray dan Devon. Dudley Boyz membuat kemunculan pertama mereka dalam WWE pada tahun 1999.

“Devon, get the table!” Jeritan daripada Bubba Ray inilah antara faktor yang menyebabkan ramai peminat WWE mengingati mereka. Pada saat Bubba Ray memberi arahan inilah, ramai orang tahu bahawa lawan Dudley Boyz sedang berada di ambang kekalahan.

Dudley Boyz berjaya menjadi juara WWE Tag Team Championship sebanyak 8 kali. Pasukan ini tidak lagi beraksi dalam WWE sejak tahun 2005. Mereka ada buat kemunculan semula pada tahun ini, tetapi sekali lagi meninggalkan WWE pada bulan Ogos baru-baru ini.

tag team

Kredit foto: ringsidenews.com

Edge dan Christian

Pasukan ini tiada nama khas untuk membawa imej tag team mereka. Cukuplah sekadar menyebut nama mereka berdua iaitu Edge dan Christian. Mereka berdua adalah teman rapat di luar WWE dan semangat persahabatan ini telah dijelmakan menjadi tag team dalam WWE.

Edge dan Christian mula memunculkan diri sebagai tag team dalam WWE pada tahun 1998. Pada ketika itu, nama tag team mereka ialah The Brood. Edge dan Christian berjaya menggelarkan diri mereka sebagai WWE Tag Team Champion sebanyak 7 kali.

Pada tahun 2001, ikatan antara Edge dan Christian telah terurai menyebabkan tag team ini telah berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri. Edge telah mengumumkan persaraannya pada tahun 2011 manakala Christian pula telah bersara pada tahun 2015 dan hanya sekadar membuat kemunculan sekali-sekala dalam WWE.

tag team

Kredit foto: fansided.com

New Age Outlaws

Pasukan ini pula dianggotai oleh dua orang atlit iaitu “Road Dogg” Jesse James dan juga “Badd Ass” Billy Gunn. Pasukan ini telah membuat kemunculan pertama mereka dalam WWE pada tahun 1997. Kumpulan ini cukup dikenali kerana aksi mereka yang gemar menipu untuk mendapatkan kemenangan.

New Age Outlaws juga pernah bergabung seketika dengan Triple H dan Shawn Michaels dalam pasukan yang diberi nama D-Generation X ataupun dikenali juga sebagai D-X. Pasukan ini walaubagaimanapun dibubarkan pada tahun 2000.

Sepanjang bergelar sebagai New Age Outlaws, Jesse James dan Billy Gunn telah berjaya memenangi WWE Tag Team Championship sebanyak 6 kali. Road Dogg telah ditamatkan kontrak sebagai atlit WWE pada tahun 2001 kerana masalah penyalahgunaan dadah, manakala Billy Gunn pula ditamatkan kontrak pada tahun 2004.

Bagi kami di Mensive, ini adalah antara tag team yang masih diingati oleh para peminat gusti. Namun begitu, andainya anda rasakan ada tag team lain dalam WWE yang patut diingati, jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah ya. Kami suka untuk berkongsi pendapat dengan anda semua.

Baca lagi: 5 Signature Move Atlit WWE Yang Paling Popular

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.