4 Tip Meningkatkan Produktiviti Bagi Anda Yang Bekerja Di Rumah

Adakah anda baru mendapat kerja yang memerlukan anda bekerja dari rumah sahaja? Seronok ke? Boleh makan roti canai dan minum teh tarik sambil buat kerja. Hmm… Memang best!
Tapi, tahukah and bekerja dari rumah sebenarnya lebih besar cabarannya? Anda akan temui banyak gangguan yang boleh menjejaskan produktiviti anda.

Apabil anda berada di rumah anda berasa lebih selesa dan bila anda sudah selesa anda akan rasa malas nak buat kerja anda.

Jadi di sini kami sediakan 5 cara yang anda boleh buat supaya anda mampu memberikan prestasi yang baik walaupun bekerja dari rumah.

 

1. Berpakaian kemas

1

Anda mungkin fikirkan hanya mahu pakai kain pelikat saja di rumah sambil minum kopi kan? Yelah, dah kata kerja dari rumah, buat apa pakai segak-segak kan?

Di sinilah anda silap kerana dengan berpakaian begitu akan buat anda jadi malas. Selepas bangun terus pergi mandi dan pakailah pakaian yang kemas.

Bukan perlu pakai pakaian yang formal, tetapi cukuplah memakai pakaian yang kemas dan boleh membantu meningkatkan produktiviti anda.

 

2. Bina rutin berjadual

2

Jika sebelum ini anda bekerja dan selalu masuk pukul 8.30 pagi, maka, mulakan juga kerja dari rumah anda bermula jam 8.30 pagi. Jika dulu anda makan tengah hari jam 12, maka makanlah pada waktu itu. Jika dulu anda balik kerja jam 6 petang, maka tamatkanlah kerja di rumah anda jam 6 petang juga.

Pabila anda bekerja dari rumah memang sukar untuk anda tamatkan kerja anda kerana rumah anda adalah ruang kerja anda. Oleh itu anda perlu tetapkan dengan tegas bila waktu kerja, bila waktu berehat di rumah. Anda akan menjadi lebih produktif apabila anda sudah menetapkan waktu kerja anda sendiri.

 

3. Sediakan pejabat dalam rumah

3

Walaupun anda bekerja di rumah, tidak digalakkan untuk bekerja di atas katil atau sofa kerana ia akan menganggu fokus kerja dan seterusnya menyebabkan anda berasa malas untuk siapkan sesuatu kerja.

Sediakan satu tempat khas untuk dijadikan pejabat sama seperti yang anda pernah miliki suatu ketika dahulu sebelum bekerja di rumah. Ini akan memberi mood yang baik supaya kerja anda lebih fokus dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja.


4. Bertukar ‘selera’ tempat kerja

4

Andainya anda bekerja fulltime di rumah, disarankan agar anda bertukar-tukar persekitaran tempat kerja. Ini akan membantu meningkatkan produktiviti kerja anda.

Anda mungkin boleh bekerja di mana-mana coffee shop yang menyediakan wifi yang boleh membantu memudahkan kerja anda. Selain itu, ia akan memberi kesegaran persekitaran kepada anda berbanding melakukan kerja di rumah sahaja.

 

*sumber gambar dari Google

 

Join us_New

1 Comment

  1. Zakkir

    June 25, 2016 at 2:02 AM

    Good article…setuju 100% ..tp kadang2 sy lebih prefer kerja meniarap atau atas katil, heheh.. bergantung pada individu. Sy sbgai pelajar, buat kerja part time sabtu dan ahad sahaja di dorm kolej, mmg susah sikit, tp kalau mampu usaha kuat sedikit, pulangan nya agak okay, samada cukup atau lebih untuk sy hidup sebulan 😀

    Mai laa join kerja sekali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *