4 Tip Mengayakan Rambut Mengikut Bentuk Muka

Trend gaya rambut berubah dari masa ke semasa, namun bukan semua gaya sesuai dengan semua orang.

Ramai antara kita yang datang ke salon atau barbershop dengan gambar yang telah tersedia di smartphone atau di magazine, tapi tahukan anda tak semuanya boleh diaplikasikan di wajah kita,

Amat penting sebelum memotong rambut untuk kita berbincang dahulu dengan stylist potongan apa yang sesuai untuk muka kita.

Sebelum itu, jom kita tengok potongan gaya rambut mana yang sesuai.

 

1. Bentuk muka bujur / oval face shape

1

Bentuk muka ini selalunya ada pada perempuan dan jarang lelaki memiliki bentuk muka ni sebabnya akan nampak lebih jambu, tak kisahlah kan tapi rasanya ada je lelaki yang muka bujur.

Umumnya bentuk muka sebegini sesuai dengan apa saja jenis potongan rambut, pendek atau panjang terpulang, kena lah kata orang.

Akan tetapi, kalau boleh elakkan berambut panjang sebab boleh membuatkan muka anda Nampak bolat.

 

2. Bentuk muka persegi / square face shape

2

Haa, muka bersegi ni banyak perempuan merecik, Nampak jawline gitu. Bentuk muka sebegini membuatkan lelaki tu nampak lebih maskulin.

Majoriti lelaki yang mempunyai bentuk wajah sebegini selalunya memilih gaya rambut yang bersudutbagi menampakkan lagi jawline mereka itu.

Sama macam muka berbujur, bentuk muka sebegini sesuai dengan apa sahaja gaya.

Potongan rambut yang pendek dan tambah kan sedikit volume pada bahagian atas rambut semestinya membuatkan anda kelihatan merecik!

body soap

3. Bentuk muka bulat / round face shape

3

Bagi lelaki yang bermuka bulat ini bergantung kepada individu itu sendiri tentang apa yang dia mahu tunjuk dan sembunyikan. Yelah macam perempuan, nak sorok pipi ke double chin ke kan.

Sebab itu lah penting memilih potongan dengan sisi rambut yang pendek dan bersegi supaya dapat mengimbangi wajah anda yang bulat tu.

Namun begitu biarkan bahagian atas rambut sedikit panjang. Sekurang-kurangnya ia akan kelihatan tinggi dan bervolume dimana akan mengurangkan muka kelihatan bulat dan bambam.

 

4. Muka berbentuk hampir tiga segi / tringular face shape

4

Lelaki yang mempunyai wajah sebegini mempunyai rahang yang luas hingga ke tulang pipi dan dahi yang sedikit kecil.

Nak kata malang pun tidak namun lelaki yang mempunyai wajah sebegini kerap mempunyai masalah memilih potongan rambut yang sesuai.

Walaubagaimanapun, boleh mencuba potongan gaya rambut panjang dan layer atau lebih banyak lapisan bagi mengurangkan wajah anda kelihatan pelik.

 

Kesimpulannya, pastikan anda benar-benar tahu bentuk muka anda dan pastikan gaya dan potongan rambut yang anda ingin hasilkan bersesuaian dengan bentuk muka anda.

 

*sumber gambar dari Google

 

join us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *