4 Teknik Untuk Menghasilkan Tanggapan Pertama Yang Positif

Walaupun anda mungkin berharap orang ramai akan mengambil masa untuk mengenali anda sebelum membuat apa-apa andaian tentang anda, tetapi realitinya adalah tanggapan pertama adalah segala-galanya. Jika anda tidak memukau orang dalam beberapa saat pertama ketika mesyuarat, anda akan menghadapi kesukaran apabila sesi bertukar pendapat.

Mengapa tanggapan pertama penting?

Anda mungkin berfikir bahawa tanggapan pertama adalah tidak penting, tetapi kebanyakan sains membuktikan bahawa kepercayaan ini adalah salah. Tanggapan pertama menyediakan satu pentas atau ruang untuk orang lain melihat bagaimana diri anda di masa akan datang, dan tiada apa-apa yang anda boleh lakukan untuk mengubah itu. Ini adalah hasil sampingan secara langsung bagaimana otak manusia menyimpan maklumat.

Sebagai manusia, kita sangat cenderung untuk menilai personaliti seseorang. Itu adalah sebahagian daripada mekanisme pertahanan yang kita gunakan untuk melindungi diri daripada sebarang ancaman. Tetapi ia juga membantu kita untuk membuat andaian sama ada kita mungkin berminat untuk berkawan atau kita lebih suka menjauhkan diri dari sebarang perhubungan.

Jika anda mahu meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam perniagaan, perhubungan atau lain bidang yang berkaitan, anda perlu belajar bagaimana untuk menguasai tanggapan pertama. Bagaimana orang yang berjaya boleh mengukuhkan imej mereka dalam diri orang-orang yang penting hanya dalam beberapa saat yang pertama?

Berikut adalah beberapa teknik terbaik untuk melakukan hal itu:

1. Menguasai seni berjabat tangan.

Sumber gambar: inc.com

Ibu bapa mungkin mengajar tentang kepentingan perjabatan tangan yang baik, tetapi adakah anda tahu bahawa perjabatan tangan adalah satu faktor penentu yang besar apabila ia datang kepada tanggapan pertama?

Dalam satu kajian, penyelidik daripada University of Illinois  menggunakan imbasan MRI untuk memantau aktiviti otak peserta ketika mereka dipertontonkan dengan video orang berinteraksi dalam situasi perniagaan. Para penyelidik mendapati bahawa “penilaian sosial”  yang positif berlaku di dalam otak apabila video itu menunjukkan situasi jabat tangan.

Ditanya apa ciri yang paling penting yang perlu bagi seorang peniaga profesional, penolong ketua kajian tersebut tidak teragak-agak dalam responnya.

“Saya akan memberitahu mereka untuk mempelajari dan menyedari kuasa berjabat tangan,” dilaporkan oleh penyelidik Sanda Dolcos dari University of Illinois. “Kami mendapati bahawa ia bukan sahaja meningkatkan kesan positif terhadap interaksi yang baik, tetapi ia juga mengurangkan kesan tanggapan yang negatif. Kebanyakan daripada interaksi sosial kita boleh jadi tersilap kerana sesuatu sebab, tetapi perjabatan tangan yang mudah boleh memberikan kita rangsangan dan melemahkan impak negatif salah faham yang berkemungkinan.”

Agak menarik perkongsian daripada para penyelidik tersebut. Tetapi bagaimana anda berjabat tangan lebih penting daripada tindakan mudah menawarkan tangan anda kepada orang yang anda temui. Jabat tangan yang baik adalah ringkas dan mesra yang berlangsung selama dua atau tiga saat dan disertai dengan eye contact dan senyuman.

2. Pastikan penampilan visual anda menarik dan betul.

Apa yang anda pakai dan bagaimana anda kelihatan sangat penting bagi sesetengah orang. Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik di U.K. dan Turki, pemakaian yang ringkas bagi seorang lelaki boleh memberi kesan langsung kepada bagaimana orang melihat perwatakannya. Dalam kajian itu, 300 peserta telah didedahkan dengan beberapa imej seorang lelaki dan wanita. Daripada kebanyakan gambar tersebut, lelaki itu memakai sut custom-tailored. Dalam gambar lain, dia memakai “off the rack” versi generik.

Selepas didedahkan dengan imej-imej tersebut selama tiga saat, para peserta secara tidak langsung memilih lelaki yang memakai sut custom-tailored sebagai lebih menarik dan menyerlah. Dan mereka mengakui lelaki dalam gambar tersebut dipilih bukan kerana paras rupa tetapi ianya dinilai sebagai seorang yang berjaya, berkeyakinan dan berharta. Ini menerangkan tentang kepentingan memakai pakaian yang betul.

3. Sentiasa membawa kad bisnes.

Sumber gambar: cssauthor.com

Dengan kemajuan rangkaian sosial, enjin carian, mesej teks dan e-mel, ianya menjadi mudah untuk berasa seolah-olah kad perniagaan adalah satu perkara yang telah berlalu. Walau bagaimanapun, ini adalah satu kesilapan besar. Walaupun kad perniagaan mungkin tidak lagi menjadi tujuan asalnya, tetapi ia tetap kekal sebagai lambang profesionalisme dan tanggungjawab.

Apabila anda menerpa seseorang dengan kad bisnes anda, anda telah menunjukkan bahawa anda seorang yang telah bersedia dan profesional. Anda telah memperuntukkan masa untuk mereka bentuk, mencetak dan membawa sekeping kad bersama anda. Padahal orang yang anda temui boleh saja mencari nama anda di LinkedIn, tetapi hakikatnya di sini bahawa anda membawa kad itu adalah apa yang paling penting.

4. Percakapan yang ringkas dan padat

tumblr

Ucapan ringkas. Ramai orang tidak mengendahkan ucapan yang ringkas, tetapi kita hidup di dunia di mana perbualan memainkan peranan yang penting dalam membuat tanggapan. Jika anda ingin membuat satu tanggapan pertama yang positif di mana sahaja anda pergi, anda perlu menekankan keseimbangan yang baik antara kurang berkata dan bercakap terlalu banyak.

Jika bercakap sedikit tidak menjadi suatu hal bagi anda, maka kemahiran yang terbaik yang boleh anda adaptasikan adalah keupayaan untuk bertanya soalan yang baik dan mendengar. Apabila anda mendapati seseorang bercakap atau memberi respons, anda akan menjadi lebih selesa untuk meneruskan perbualan atau komunikasi.

Reputasi anda berada di atas garisan.

Pinterest

Setiap kali anda bertemu dengan seseorang yang baru, reputasi anda berada di atas satu garisan. Anda perlu membuktikan siapa diri anda dan mengapa anda wajar dihormati. Ia adalah penting untuk anda melakukan yang terbaik untuk mempamerkan diri anda dalam kelompok sesebuah masyarakat. Bagaimana anda melakukannya itu adalah terpulang kepada diri anda, tetapi teknik yang dirujuk dalam artikel ini adalah tempat yang hebat untuk bermula.

Baca Lagi: 5 Perkara Lelaki Profesional Tidak Patut Buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *