4 Tanda Anda Memiliki Air Mani Yang Sihat

Tiada cara yang benar-benar mudah untuk mengenalpasti tahap kesihatan atau kualiti air mani anda dengan hanya melihat sahaja. Oleh itu anda harus adakan temujanji dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Namun sambil anda menanti keputusan ujian anda itu, apa kata kita lihat tanda-tanda di bawah yang boleh menujukkan bahawa anda memiliki kualiti air mani yang sihat.

Jika berjaya memiliki ciri-ciri yang dibincangkan di bawah maka anda boleh beranggapan bahawa anda memiliki air mani yang sihat.

Gambar hiasan: Men’s Health

1. Memiliki Pinggang Tanpa Lemak

Sebenarnya anda tidak perlu pun untuk menunjulkan otot perut 6-pack anda – selagi anda tidak mempunyai bahagian berlemak pada perut, anda boleh menjamin bahawa kualiti air mani anda berada pada tahap yang baik.

Pakar gagal untuk mengenalpasti apa kaitan bahagian lemak pada perut anda dengan tahap kesihatan air mani anda.

Namun bagi mereka jika anda memiliki lemak yang berlebihan – ia boleh mengganggu penghasilan hormom seks dan air mani yang baik.

Gambar hiasan: Men’s Health

2. Anda Suka Makan Ikan

Jika anda adalah pemakan daging selain daripada ikan, kemungkinan untuk anda memiliki air mani yang kurang berkualiti adalah tinggi.

Ikan pula mempunyai kesan yang boleh melindungi masalah tersebut. Kaum lelaki yang lebih banyak mengamalkan pemakanan berasaskan ikan seperti salmon dan tuna – memiliki peluang sebanyak 65 peratus kualiti air mani yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Gambar hiasan: Men’s Health

3. Pemilihan Seluar Dalam

Ada beberapa kajian yang mengaitkan jenis pemakaian seluar dalam dengan kualiti air mani – ini kerana sesetengah seluar dalam boleh melemaskan air mani anda juga.

Kaedah memakai “tightey-whitey” boleh menyebabkan skrotum anda terlalu sesak di dalamnya dan menyukarkan sperma di dalam air mani itu untuk bergerak menuju ke ovum untuk bersenyawa.

Pemakaian seluar dalam yang lebih longgar adalah digalakkan untuk memberikan pengudaraan yang baik kerana ia membantu merendahkan suhu pada skrotum anda and boleh meningkatkan kualiti air mani tersebut.

Gambar hiasan: Men’s Health

4. Anda Kerap Ke Gimnasium

Saintis dari Harvard mendapati kaum lelaki yang sering bersenam di gimnasium mempunyai kualiti air mani yang lebih baik daripada mereka yang langsung tidak ke gimnasium.

Bukan sahaja bersenam itu membantu dalam menurunkan berat badan anda – seterusnya menyihatkan tubuh anda – namun ia juga boleh meningkatkan tahap anti-oksida seluruh badan anda. Oleh itu sesi gimnasium yang tetap boleh mengelakkan radikal bebas dari merosakkan sel air mani anda.

Baca lagi: Mengapa Air Putih Tak Dianjurkan Untuk Berbuka Puasa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *