4 Siri Drama Yang Sering Diulang Tayang Di Netflix

Kebanyakan siri drama terdahulu memiliki pengikut yang cukup banyak kerana mereka memiliki pelakon-pelakon yang aktif di laman sosial dan gemar beramah mesra bersama pemnat mereka. Kebanyakan drama sekarang pula agak terlalu fokus kepada pembikinan semula.

Menggunakan formula terdahulu tidak menjamin sesebuah siri drama itu berjaya dan hanya sesetengah sahaja yang berjaya mengulangi kejayaan drama yang terdahulu dan tupun mereka hampir gagal pada percubaan pertama.

Jom kita lihat beberapa drama yang kini sering diulang tayang di Netflix akibat permintaan penonton.

Gambar hiasan: Netflix

1. Charmed

Siri drama yang berkisarkan kehidupan adik-beradik wanita yang merupakan ahli sihir moden ini mendapat tempat teratas dalam hati kebanyakan penonton. Siapa sahaja yang mampu melupakan  telatah Prue, Piper, Phoebe dan Paige yang sering cuba mengimbangi kehidupan magis mereka dan kehidupan normal  mereka.

Gambar hiasan: Netflix

2. Friends

Siri drama yang berksarkan tentang rakan-rakan lelaki dan wanita yang tinggal serumah ini merupakan sebuah kejayaan besar dalam industri drama Amerika. Drama yang menaikkan nama Jennifer Aniston dan Courteney Cox ini ternyata masih lagi mendapat tempat di kalangan penonton sehingga sekarang.

Gambar hiasan: Netflix

3. Buffy The Vampire Slayer

Memiliki daya penarik yang hampir sama dengan drama Charmed, drama seram yang dilakonkan oleh Sarah Michelle Gellar ini lebih bersifat gelap dan tanpa ciri-ciri kekeluargaan ataupun drama. Namun kepada mereka yang meminati elemen gotik tentu akan terus terhibur dengan drama ini.

Gambar hiasan: Netflix

4. Gilmore Girls

Siapa yang boleh melupakan telatah dua beranak yang mencuit hati ini pada setiap malam? Lorelai serta Rory yang selesa hidup berdua menjalani kehidupan harian terpaksa mengharungi karenah keluarga ibu mereka dan juga teman-teman sepersekolahan yang memiliki pelbagai ragam sepanjang siaran drama tersebut.

Jadi sekarang anda sudah tahu bukan drama mana yang enak untung ditonton bersama keluarga pada cuti persekolahan ataupun cuti musim panas?

Baca lagi: Grammy Awards 2018 Beralih Ke Voting Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *