4 Sebab Pelik Mengapa Hubungan Anda Kerap Diakhiri Oleh Penceraian

Anda tentu telah pun mendengar berkenaan statistik yang mengatakan lebih dari 50% perkahwinan berakhir dengan penceraian.

Kebanyakannya adalah kemungkinan disebabkan oleh kecurangan pasangan, tekanan kewangan, hubungan jarak jauh – namun tidak kesemuanya begitu.

Berikut ada beberapa sebab mengejutkan yang kini dikaitkan dengan penceraian.

Gambar hiasan: Cosmo

Perjalanan Terlalu Jauh

Mungkin anda akan mengalami begitu banyak tekanan terutamanya ketika anda sedang terperangkap di dalam kesesakan jalan raya – anda berdua mungkin mengabaikan waktu berkualiti untuk berduaan ketika tersangkit dalam kesesakan.

Gambar hiasan: Cosmo

Rakan Anda Melakukan Perkara Yang Sama

Ada suatu ketika di mana kebanyakan daripada rakan-rakan anda akan mula menamatkan zaman bujang mereka dan berkahwin – anda pun berfikir anda patut melakukan benda yang sama. Perkara yang sama juga terjadi dalam konteks penceraian.

Gambar hiasan: Cosmo

Anak Pertama Mereka Perempuan

Keluarga yang memiliki anak perempuan sebagai anak pertama yang dilahirkan mewakili peratusan tertinggi untuk bercerai berbanding mereka yang memiliki anak lelaki sulung. Adakah ini bermaksud ayah lebih penting kepada anak lelaki?

Gambar hiasan: Cosmo

Berkongsi Kerja Rumah Setara

Jika di Norway, mereka yang membahagikan tugas rumah sama rata mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bercerai – ini adalah disebabkan mereka menganggap perhubungan mereka lebih kepada hubungan berorientasikan bisnes.

Baca lagi: Ingin Menjadi Lelaki Terbaik Di Dunia? Ikuti Beberapa Cara Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.