4 Sebab Mengapa Atlit Perlu Mencukur Bulu Kaki

Terdapat beberapa atlit sukan lelaki yang sebenarnya mencukur bulu kaki mereka untuk membantu mereka mencipta kejayaan. Kebanyakan pelumba basikal dunia memilih untuk mencukur bulu kaki mereka agar badan mereka menjadi lebih aerodinamik. Jadi, pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 4 sebab mengapa para atlit ini memilih untuk mencukur bulu kaki mereka untuk beraksi.

Mencukur Bulu Kaki

Kredit foto: EPA

Menjadi lebih pantas

Pada tahun 1987, Chester Kyle, seorang profesor dalam bidang kejuruteraan, telah membuat kajian sama ada orang yang mencukur bulu kaki ini boleh menang pertandingan lumba basikal atau tidak. Hasil kajian Chester mendapati, mencukur bulu sebelah kaki sahaja boleh menyebabkan seorang pelumba basikal mengayuh dengan lebih pantas.

Chester berkata, hasil bercukur ini boleh memendekkan masa sebanyak 5 saat dalam jarak 40 kilometer.

Kredit foto: Reuters

Lebih cepat sembuh

Para pelumba basikal juga pernah memaklumkan bahawa kaki yang telah dicukur bulunya akan lebih cepat sembuh jika terluka berbanding kaki yang tidak bercukur. Ramai doktor telah membuktikan pernyataan ini. Ini kerana, bulu kaki yang terperangkap di kawasan luka itu akan menyebabkan luka susah dicuci dan mengambil masa lebih lama untuk sembuh kerana bulu kaki itu akan ambil masa untuk keluar dari kawasan luka tersebut.

Baca lagi: Leher Dah Patah Pun Main Lagi?: 5 Pemain Bola Sepak Yang Tetap Bermain Walaupun Cedera

Kredit foto: Down The Flank

Senang untuk mengurut

Para pemain Australian Football League ada menyatakan bahawa kaki yang telah dicukur bulunya adalah lebih mudah diurut serta kurang menyakitkan. Bulu-bulu yang ditarik-tarik semasa diurut oleh fisioterapi akan menambahkan lagi kesakitan selain daripada kesakitan akibat kecederaan.

Kredit foto: Zimbio

Memudahkan penggunaan aksesori kaki

Penggunaan alat bantuan pada kaki seperti sports strapping tape memberi bantuan dari segi memberi sokongan kepada kaki untuk mengelakkan berlakunya kecederaan. Namun begitu, strapping tape yang melekat kuat pada kaki ini akan menyakitkan pemain apabila mahu membukanya kerana pelekatnya melekat pada bulu kaki pemain.

Atlit bina badan juga turut mencukur, bukan sahaja bulu kakinya, malah seluruh badannya agar otot-otot badan mereka akan nampak lebih menyerlah untuk menarik perhatian juri yang menilai.

Namun begitu, bagi atlit-atlit lelaki yang beragama Islam, terdapat larangan untuk tidak mencukur bulu kaki mereka. Jadi, nasihat ini tidaklah dapat diguna pakai oleh mereka yang beragama Islam.

Baca lagi: 5 Misai Tokoh-Tokoh Bola Sepak Yang Kekal Diingati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *