4 Sebab Lelaki Bertukar Kepada Tali Pinggang Tidak Berlubang

4 Sebab Kenapa Kini Lelaki Bertukar Kepada Tali Pinggang Tidak Berlubang

Anda perlu akui bahawa tali pinggang ini tidak pernah berubah sedari seribu tahun dahulu lagi, gayanya tetap sama walau sudah berabad tahun kita gunakan. Kini ramai lelaki telah beralih arah dan menukar gaya mereka. ini dia 4 Sebab Kenapa Kini Lelaki Bertukar Kepada Tali Pinggang Tidak Berlubang untuk anda sama-sama akui bahawa perut anda sudah semakin membesar dan memakai tali pinggang berlubang sudah tidak relevan lagi.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa sudah ada yang menjual tali pinggang yang tidak berlubang untuk anda dapat kekemasan di bahagian pinggang.

Masalah ramai lelaki yang memakai tali pinggang ini adalah di waktu pagi mungkin boleh lagi, tapi bila sahaja sampai waktu petang, sudah makan, perut anda akan menaik dan menyebabkan anda senak di bahagian bawah perut menyebabkan anda tidak tentu arah.

Ramai yang telah menukar tali pinggang biasa yang berlubang ke tali pinggang yang tidak berlubang.

Oleh itu sistem berpin dan berlubang telah dinaik taraf kepada tidak berlubang, micro-adjustable yang telah mengubah pandangan anda kepada tali pinggang.

Ini dia 4 Sebab Kenapa Kini Lelaki Bertukar Kepada Tali Pinggang Tidak Berlubang.

1. Pinggang anda tidak berubah dan hanya naik 1 inci

belt-change-one-inch

Pinggang anda mengembang setiap hari di waktu petang adalah yang paling ketara kadang kala lubang di tali pinggang sendiri tidak dapat menampung kenaikan pinggang anda. Mesti anda selalu mengalami masalah ini bukan?

Lubang kebiasaan yang ada di tali pinggang adalah 5 lubang, di mana setiap dari renggangan lubang berukuran 1 inci setiap satunya.

Namun begitu walaupun anda merasakan dengan menggunakan 1 lubang sudah mencukupi namun bila masa anda ingin melakukan perubahan anda harus berubah dengan kadar yang lebih besar.

Anda tertekan dengan dua benda alah ni setiap kali menggunakan lubang tali pinggang, antara seluar anda akan menjadi terlalu longgar ataupun anda seluar anda akan menjadi terlalu ketat kerana tiada tali pinggang pun yang boleh mengikut acuan tubuh badan anda.

Dengan micro – adjustable tali pinggang, anda tidak perlu risau kerana anda tidak lagi perlu menggunakan 1 inci perbezaan di antara lubang malahan anda boleh mengikut saiz pinggang anda dengan 1 1/4 kenaikan.

Apa yang lebih baik adalah anda tidak lagi perlu risau untuk makan terlalu banyak, ketika mahu berjalan keluar makan malam atau apa sahaja kerana tali pinggang boleh laras itu boleh mengikut saiz pinggang anda.

ads-body-soap

2. Laras tali pinggang tidak menjadi sekata.

4 Sebab Kenapa Kini Lelaki Bertukar Kepada Tali Pinggang Tidak Berlubang

http://www.thedistilledman.com/

Dengan tali pinggang yang biasa jika anda tidak melangkah dari satu lubang ke lubang yang lain anda akan mengalami masalah di mana tali pinggang itu nanti tidak akan menjadi sama rata.

Itu disebabkan kerana setiap kali anda memakai tali pinggang hanya beberapa lubang sahaja akan digunakan.

Tali pinggang akan menjadi lebih tidak cantik apabila dipakai terlalu lama, akan nampak garisan yang keluar dari tali pinggang yang lama.

Lubang di tali pinggang juga akan menjadi tidak sekata.

3. Membeli belah tali pinggang.

4 Sebab Kenapa Kini Lelaki Bertukar Kepada Tali Pinggang Tidak Berlubang

http://www.thedistilledman.com/

Adalah sukar untuk memilih tali pinggang di mana-mana kedai perhiasan lelaki kerana setiap rekaan tali pinggang itu sudah khusus untuk semua jenis lelaki tidak kira lelaki itu mempunyai saiz pinggang yang berbeza.

Ini tidak akan terjadi kepada Micro adjustable tali pinggang yang boleh memuatkan pinggang hingga kepada 50 inci. Oleh itu tali pinggang jenis ini memungkinkan muat untuk semua jenis pinggang.

4. Pilihan tali pinggang lebih dari satu jenis

4 Sebab Kenapa Kini Lelaki Bertukar Kepada Tali Pinggang Tidak Berlubang

http://www.thedistilledman.com/

Tali pinggang seringkali dipandang ringan oleh lelaki.

Kita mungkin meluangkan lebih masa untuk memilih baju dan seluar yang bersesuaian pada hari itu kemudian memilih satu-satunya tali pinggang yang ada dengan kita sekarang.

Jika anda cerdik, pasti anda akan menyimpan lebih dari satu tali pinggang yang terdiri dari warna hitam dan juga coklat.

Walaupun menggunakan jenis kepala yang sama.

ads-beard-oil

BACA: Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

Join us_New

 

 

1 Comment

  1. Robert Angkasa

    January 20, 2017 at 4:43 PM

    good

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.