4 Sebab Kenapa Pemimpin Yang Berani Mengaku Silap Itu Lebih Power

Seorang pemimpin adalah seorang manusia biasa. Sama sahaja seperti manusia lain dan tiada bezanya, terutama sekali dalam membuat kesilapan. Kesilapan yang dilakukan tidak sepatutnya dikatakan sebagai pengakhiran kehidupan, tetapi ia mungkin jadi suatu permulaan yang baru.

Pemimpin yang hebat yang melakukan kesilapan akan kelihatan lebih hebat apabila dia mengaku tentang kesilapan yang dilakukannya. Tiada gunanya berdolak dalih sekiranya bukti yang ada sudah sahih, maka lebih baiklah mengaku salah.

Tak jatuh pun martabat jika mengaku salah kerana pemimpin juga seorang manusia, mana mungkin dapat lari daripada melakukan kesilapan. Pemimpin yang boleh mengakui kesilapan sendiri sebenarnya adalah seorang pemimpin yang bijaksana.

Untuk artikel kali ini, kami mahu berkongsi dengan anda semua 4 sebab mengapa seseorang pemimpin itu perlu mengakui kesilapan yang dilakukannya.

pemimpin yang

Kredit foto: azquotes.com

#1. Lebih Dihormati

Para pengikut sebenarnya tidak mengharapkan kesempurnaan pemimpinnya. Tetapi apa yang penting bagi mereka ialah perhatian yang tidak berbelah bahagi yang diberikan dan mereka juga mahukan pemimpin yang berani.

Jadi, apabila pemimpin bertindak jujur dan berani dalam mengaku kesilapannya dan sudi untuk mempelajari salah dan silapnya, ia tidak akan mengundang rasa benci para pengikutnya, malah mereka akan jadi lebih kagum dan hormat dengan sikap pemimpin sebegini.

ads-pomade_updated

Kredit foto: azquotes.com

Kredit foto: azquotes.com

#2. Mengaku Salah Bukan Tanda Kelemahan

Terdapat pemimpin yang tidak mahu mengaku kesilapan mereka kerana mereka melihat ia sebagai satu tanda kelemahan. Mereka takut dilihat sebagai pemimpin yang tidak berwibawa kerana melakukan kesilapan.

Tetapi, yang sebenarnya, apabila seseorang pemimpin mengaku silapnya, dia akan menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kesilapannya. Jadi, para pengikut yang melihat perkara ini akan menjadi lebih percaya kepada pemimpinnya kerana sifat tanggungjawabnya.

Kredit foto: azquotes.com

Kredit foto: azquotes.com

#3. Kepimpinan Melalui Teladan

Apabila seseorang pemimpin bertanggungjawab terhadap kesilapan yang dilakukannya dan mengakuinya, dia sebenarnya sedang menunjukkan contoh yang baik kepada para pengikutnya untuk diikuti.

Dengan contoh ini, para pengikut akan merasakan bahawa tidak mengapa melakukan kesilapan dalam membuat keputusan kerana dari situlah mereka boleh mendapat tahu sama ada apa yang dilakukan itu betul atau tidak. Jika pemimpin boleh membuat kesilapan dan mengakuinya serta mempelajarinya, maka pengikutnya pasti boleh lakukan perkara yang sama.

Baca lagi: Belajar Tentang Penipuan Daripada 5 Filem Pasal Penipu Ini

ads-beard-oil

Kredit foto: azquotes.com

Kredit foto: azquotes.com

#4. Menambah Kepercayaan

Selain daripada mendapat rasa hormat, menguatkan pasukan dan juga menunjukkan contoh yang baik apabila seseorang pemimpin mengaku kesilapannya, dia juga sebenarnya telah membuatkan pengikutnya untuk mempercayainya.

Bukan mudah untuk mengaku silap, lebih-lebih lagi jika ia adalah kesilapan yang besar. Tetapi, dengan mengaku silap kepada para pengikut, ia memberikan satu rasa kepada para pengikut bahawa pemimpin yang boleh mengaku kesilapannya adalah seorang pemimpin yang jujur, amanah dan boleh dipercayai.

Namun begitu, walau sehebat mana pun pemimpin anda, walau percaya macam mana pun anda terhadap pemimpin tersebut, andainya dia berterusan melakukan kesilapan yang sama, maka lebih baiklah anda berhenti mengikutinya.

Pemimpin yang hebat dan bijaksana tidak akan melakukan kesilapan yang sama berkali-kali kerana mereka sudah belajar daripada kesilapan yang dan dari situlah rasa hormat para pengikut akan timbul. Peliklah jika pemimpin asyik membuat kesilapan yang sama dan ia tidak membantu untuk memberi contoh yang baik.

Kesilapan memberikan pengalaman. Dengan pengalaman, seorang pemimpin akan nampak lebih banyak peluang untuk dirinya dan juga para pengikutnya. Anda ada apa-apa pendapat tentang artikel ini? Sila tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Forbes

Baca lagi: 4 Rock Band Ini Diarahkan Penganjur Untuk Menipu Tetapi Penganjur Pula Yang Ditipu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *