4 Rock Band Ini Diarahkan Penganjur Untuk Menipu Tetapi Penganjur Pula Yang Ditipu

Apa yang anda bakal baca sebentar lagi ialah tentang rock band terkenal yang diarahkan untuk berbohong semasa mengadakan persembahan live mereka. Walaubagaimanapun, pihak penganjur telah memberi arahan yang tidak sepatutnya diberi kepada rock band ini.

Mereka ini adalah rock band sejati yang mana mereka benar-benar passion dengan muzik mereka. Jadi, apabila mereka disuruh berbohong dalam mengadakan persembahan mereka, sudah tentu itu mendatangkan rasa tidak puas hati.

Jadi, 4 rock band ini telah melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pihak penganjur agar tidak lagi bertindak mahu menipu para penonton yang sanggup datang untuk mendengar muzik sebenar secara live dan bukan muzik yang sudah dirakam. Kalau begitu, baik beli kaset atau CD sahaja.

Jom kita baca kisah tentang 4 rock band yang telah memberi sedikit pengajaran kepada para penganjur yang cuba merosakkan imej rock band mereka.

rock band

Kredit foto: maidenrevelations.com

Iron Maiden (1986)

Pada bulan Ogos tahun 1986, rock band Iron Maiden telah dijemput untuk mengadakan persembahan secara live dalam sebuah rancangan televisyen di Jerman. Rancangan yang bertajuk P.I.T ini telah meminta Iron Maiden menyanyikan dan memainkan lagu “Wasted Years” tanpa mereka perlu bermain muzik secara live dan hanya perlu mengikut sahaja lagu yang dipasang.

Senang cerita, Iron Maiden cuma perlu berlakon macam menyanyi dan pura-pura main gitar dan drum.

Iron Maiden tidak bersetuju dengan idea ini, tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang protes. Cuma, semasa membuat persembahan, Iron Maiden telah mempermainkan program TV ini dengan kesemua ahli Iron Maiden telah bertukar-tukar posisi walaupun pada ketika itu muzik sedang dimainkan. Memang haru!

rock band

Kredit foto: theredlist.com

Nirvana (1991)

Semasa populariti Nirvana sedang meningkat naik pada tahun 1991, Nirvana telah dijemput untuk mengadakan persembahan secara langsung dalam program TV bernama ‘Top of the Pops’. Nirvana perlu membuat persembahan live di hadapan penonton yang hadir dalam program ini.

Pihak program ini telah memaklumkan bahawa mereka akan memasang minus one dan hanya menghidupkan mikrofon vokalis Nirvana iaitu Kurt Cobain. Jadi ahli-ahli Nirvana yang lain akan berpura-pura bermain instrumen mereka.

Namun begitu, rancangan ini tidak berjalan lancar apabila bandmate Nirvana memainkan instrumen mereka secara merapu dan tidak mengikut rentak lagu. Manakala, Kurt Cobain pula menukar ayat pertama dalam lirik lagu ‘Smells Like Teen Spirit’ dari “Load up on guns, bring your friends…” menjadi “Load up on drugs, kill your friends…” serta menyanyi dengan suara yang agak menjengkelkan.

Baca lagi: 5 Band Yang Pernah Mewarnai Scene Underground Malaysia

ads-pomade_updated

rock band

Kredit foto: billboard.com

Muse (2009)

Perkara yang sama turut terjadi kepada rock band Inggeris terkenal iaitu Muse. Pada tahun 2009, Muse telah dijemput oleh sebuah rancangan televisyen Itali untuk membuat persembahan live. Program yang bernama Quelli che il Calico telah meminta Muse untuk menyanyikan lagu ‘Uprising’ secara lakonan sahaja.

Maknanya, Muse tidak perlu menyanyi mahupun bermain instrumen, hanya perlu berlakon menyanyi dan bermain instrumen mengikut rentak lagu yang dipasang. Muse tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Walaubagaimanapun Muse tetap membuat persembahan seperti yang disuruh tetapi meletakkan drummer mereka sebagai vokalis dan gitaris utama, manakala gitaris utama pula bermain drum. Isu ini telah menjadi isu hangat di Itali di mana pihak media mengatakan Muse cuba memperkotak katikkan program ini, walhal, rancangan TV ini sebenarnya yang cuba melakukan penipuan.

rock band

Kredit foto: plumdusty.blogspot.com

Oasis (1995)

Sepanjang membuat persembahan dalam program televisyen ‘Top of the Pops’, Oasis tidak pernah berdepan sebarang insiden yang tidak diingini. Oasis sentiasa dapat bermain muzik secara live demi menghiburkan para peminatnya yang bertandang dalam program ini.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1995, pihak ‘Top of the Pops’ telah meminta Oasis bermain muzik secara lakonan sahaja dan ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada rock band ini dan juga mereka tidak bersetuju dengan idea pihak program televisyen ini.

Sama seperti Muse (Muse dikatakan meniru cara Oasis ini), pasangan adik beradik dalam band ini iaitu Liam dan Noel Gallagher telah bertukar posisi. Liam yang merupakan vokalis utama menjadi gitaris dan Noel pula menjadi vokalis. Semua ahli band Oasis hanya mampu tertawa apabila dua beradik ini bertukar posisi dan beraksi manakala penonton pula tidak menyedari penukaran ini.

Ha, padan muka kat pihak penganjur kan? 4 rock band ini bukan calang-calang band, mereka bukan lahir sekadar untuk popular, tetapi mereka wujud dalam dunia muzik ini kerana minat mereka yang begitu mendalam dalam bidang ini.

Lagipun, buat apa nak menipu peminat kan? Peminat yang telah membantu menaikkan nama band, jadi kenalah hargai mereka dengan memainkan muzik yang sebenar secara live dan bukannya secara lakonan.

Anda bagaimana, adakah anda tahu mana-mana band selain daripada band yang disebutkan di atas yang pernah disuruh menipu para peminatnya? Jika ada, sila tinggalkan komen anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Saving Country Music

Baca lagi: 5 Lagu Paling Power Dalam Francais Permainan Video FIFA

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *