4 Poses Dan Tips Untuk Selfie Yang Lebih Menarik

Mempelajari bagaimana melakukan posing yang menarik untuk selfie akan menjadi satu perkara yang sangat penting tentang bagaimana anda kelihatan dalam gambar.

Satu carian untuk ‘#selfie‘ di Instagram sahaja menunjukkan cecahan lebih 122 juta foto yang dikemaskini oleh pelbagai akaun.

Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menjadi sukar untuk mengambil gambar anda sendiri ketika anda juga perlu untuk memegang kamera.

Berikut adalah beberapa ‘selfie posing‘ yang anda boleh ikuti dan tips untuk dapatkan gambar swafoto yang lebih menarik dan kreatif.

POSE#1: Ketepikan muka dan biarkan kaki berbicara

Sumber gambar: alluretouch.com

Apabila sebut sahaja soal selfie atau swafoto, pasti apa yang digambarkan oleh kebanyakan orang ialah sebuah foto tentang wajah atau muka seseorang.

Tetapi sebenarnya, gambar swafoto boleh jadi apa sahaja gambar yang mengenai diri anda dan diambil sendiri oleh anda.

Mengapa tidak anda ambil gambar bahagian kaki terutamanya jika anda ingin menarik perhatian orang ramai terhadap sepasang kasut baru anda?

Atau anda boleh tangkap satu gambar gelang baru atau Fitbit di pergelangan tangan anda atau kuku yang baru digilap.

Untuk selfie anda yang seterusnya, cabar diri anda untuk mempamerkan pelbagai posing yang kreatif dan berlatih dengan cara-cara yang berbeza untuk memegang kamera anda.

POSE # 2: Tunjukkan wajah anda dalam air

Sumber gambar: improvephotography.com

Ketika anda sedang berenang di dalam kolam renang, tangkap satu  gambar selfie dengan hanya muka anda sahaja yang timbul di permukaan.

Atau sediakan buih mandian, baring di dalam air dan kemudian ambil satu gambar wajah anda dikelilingi oleh buih tadi.

Berhati-hati untuk tidak menjatuhkan telefon anda!

Menonjolkan diri anda ketika di dalam air boleh menjadi suatu perkara yang menyeronokkan, dan ia juga membuatkan gambar tersebut kelihatan lebih unik daripada kebanyakan gambar yang tipikal.

POSE # 3: ‘Two handed selfie’

Sumber gambar: home.bt.com

Apabila anda ingin mengambil selfie, biasanya anda akan mempunyai dua pilihan, sama ada pegang kamera dengan satu tangan atau kedua-dua tangan.

Ianya lebih mudah untuk memegangnya dengan kedua-dua tangan kerana satu tangan anda boleh memegang kamera dan satu lagi boleh menekan butang ‘snap‘.

Anda perlu lebih berhati-hati untuk tidak menutupi bahagian kanta kamera.

Jika anda menggunakan kedua-dua tangan dan menjarakkan kamera dari badan anda, lengan anda boleh bertindak sebagai bingkai.

POSE # 4: Selfie potret diri

Sumber gambar: bloomsburgy.org

Antara idea yang benar-benar menyeronokkan yang jarang dilihat adalah untuk mempunyai seseorang mengambil gambar anda sedang berswafoto.

Ia adalah suatu kaedah yang kreatif dan benar-benar menarik.

Tips Untuk Selfie Yang Lebih Menarik

Tip # 1: Eksperimen dengan sudut

Cari satu sudut yang sesuai untuk wajah anda kelihatan menarik pada gambar selfie.

Tunjukkan satu sisi terbaik anda kerana secara umumnya ia adalah lebih menarik daripada gambar straight shot.

Tip # 2: Pose dengan sesuatu yang baru

Mungkin anda baru sahaja membeli sepasang cermin mata yang baru. Jadikan ia sebagai satu aset untuk sebuah gambar selfie.

Atau jika rambut anda baru saja dipotong, tunjukkan bagaimana rupanya dengan mengambil satu swafoto mengenainya.

Tip # 3: Lakukan sesuatu yang menarik

Ambil satu gambar anda yang sedang melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti menyelam di laut, sedang duduk di atas jetski atau mendaki di Machu Picchu.

Tip # 4: Nyatakan diri anda

Apabila anda mengambil satu swafoto, anda boleh menyatakan emosi anda ketika itu seperti senyum kerana gembira, sedih kerana kecewa atau marah kerana tertekan.

Anda mungkin akan menerima banyak komen dari gambar tersebut, tetapi itu bermaksud bahawa gambar anda mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tip # 5: Pencahayaan

Bagaimana untuk tahu pencahayaan yang bagaimana yang sesuai untuk wajah anda?

Pegang telefon anda dan hidupkan kamera, jadi anda boleh lihat wajah anda. Lihatlah pencahayaan pada ketika itu.

Cari suatu tempat yang mempunyai pencahayaan yang sangat baik dan latar belakang yang baik supaya gambar swafoto anda menjadi lebih jelas dan menarik.

Apakah masa yang terbaik untuk berswafoto?

Sebaik-baiknya pada waktu yang magik! (Waktu magik adalah sebenarnya dua jam atau satu jam selepas matahari terbit dan satu jam sebelum matahari terbenam).

 

Baca lagi: Agar Berjaya Menghamilkan Pasangan, Lelaki Harus Tidur 7-8 Jam Setiap Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *