4 Pertembungan ‘Manchester Derby’ Yang Paling Diingati

Bagi para penyokong Manchester United, malam tadi pasti menjadi malam yang mengecewakan bagi anda kerana buat pertama kalinya M.U merasai kekalahan dalam musim ini selepas tewas kepada seteru utama, Manchester City dengan keputusan 1 – 2.

Gol City dijaringkan oleh Kevin De Bruyne dan Kelechi Iheancho pada minit ke 15 dan juga 36. United cuba merapatkan kedudukan pada minit 42 melalui jaringan Zlatan Ibrahimovic. Walaubagaimanapun, pada separuh masa kedua tiada jaringan yang dibuat oleh kedua-dua pasukan dan seterusnya memberikan kemenangan kepada City.

City di bawah kendalian Pep Guardiola dapat meneruskan rekod tanpa kalah pada musim ini manakala Mourinho, pengurus United, akhirnya merasai kekalahan pertama bersama kelab barunya ini.

Disebabkan perlawanan ini, kami di Mensive rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda 4 perlawanan derby antara Manchester City dan Manchester United yang paling diingati sepanjang zaman. Mari kita lihat perlawanan manakah yang paling diingati antara dua kelab ini.

machester

Manchester United (4) – Manchester City (3), September 2009

Pertembungan pada tahun ini dikatakan sebagai perlawanan derby yang paling mendebarkan bagai kedua-dua peminat kelab ini. Ini kerana, City senantiasa dapat menyamakan kedudukan setiap kali United mendahului.

3 kali City dapat menjaringkan gol untuk mengejar United di mana dua daripadanya jaringan Craig Bellamy. Walaubagaimanapun, ketika permainan hampir tamat, Michael Owen menjadi wira M.U dengan menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan.

manchester

Manchester City (2) – Manchester United (3), December 2012

Perlawanan ini boleh dikatakan sama situasinya dengan pertembungan City dan United pada tahun 2009. City berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan selepas United mendahului 2 – 0 pada separuh masa pertama.

Dua gol pertama United ini dijaringkan oleh Wayne Rooney. Ketika mana dilihat bahawa M.U akan memenangi perlawanan ini, City berjaya mengikat United hasil jaringan Yaya Toure dan Pablo Zabaleta masing-masing pada minit 60 dan 86.

Walaubagaimanapun, M.U berjaya mengunci kemenangan dalam perlawanan ini apabila Robin Van Persie menjaringkan gol kemenangan pada minit 92, yakni dalam masa kecederaan.

manchester

Manchester City (3) – Manchester United (3), November 1971

Satu lagi perlawanan yang mendebarkan buat para penyokong kedua-dua pasukan ini. Dalam perlawanan ini juga, M.U sudah mendahului 2 – 0 dan dilihat bakal memenangi perlawanan ini.

Walaubagaimanapun, dengan semangat juang yang tinggi, City berjaya mengejar semula United dan mengikat kedudukan menjadi 2 – 2. Kemudian, United mendahului semula sebelum City menjaringkan gol penyamaan yang memboleh kedua-dua kelab pulang dengan membawa 1 mata.

manchester

Manchester City (2) – Manchester United (3), November 1993

Untuk kali ini, City pula yang mendahului United tetapi keputusan telah berakhir dengan M.U memenangi perlawanan ini. Dua gol City telah dijaringkan oleh Naill Quinn pada minit ke 21 dan 32.

Ketika mana City  berada dalam keadaan selesa untuk mengecap kemenangan, United berjaya menyamakan kedudukan melalui Eric Cantona pada minit ke 52 dan 77. Kedudukan ini dilihat seperti akan berakhir dengan keputusan seri, Roy Keane berjaya menjadi wira United apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 86.

Jika dilihat pada keputusan semua perlawanan pilihan kami ini, semuanya dimenangi oleh Manchester United. Tetapi, ini bukan bermaksud kami bias kepada United. Perlawanan ini dipilih kerana tekanan dan keterujaan dalam 4 perlawanan ini adalah lebih penting berbanding keputusannya.

Setiap perlawanan ini menampilkan aksi dramatik tersendiri dek kerana City dan United saling kejar mengejar antara satu sama lain untuk mencipta kemenangan walaupun diakhirnya M.U yang lebih bertuah.

Tetapi, andainya anda mempunyai pilihan perlawanan derby anda sendiri, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen di bawah ya.

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Jambang Yang ‘Super Cool’

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *