4 Perkara Yang Bakal Terjadi Jika Kadar Testosteron Anda Terlalu Rendah

Hormon testosteron adalah penting untuk anda membina otot anda dan untuk melancarkan keinginan seksual anda juga.

Oleh itu jika anda kekurangan kadar testosteron di dalam tubuh anda – masalah yang anda alami mungkin lebih dari masalah di gimnasium mahupun di bilik tidur.

Namun begitu, 4 masalah di bawah yang berkaitan dengan kekurangan tahap testosteron sebenarnya masih boleh diubati.

Gambar hiasan: Men’s Health

1. Kehilangan Keupayaan Seks

Kebanyakan lelaki yang kekurangan kadar testosteron akan mengalami keinginan seksual yang rendah – sukar untuk membangkitkan keghairahan dan lesu di bilik tidur.

Hormon inilah yang beroperasi untuk menjana keinginan seksual anda – seperti ketika anda ternampak sesuatu yang meransang nafsu, anda akan berasa tergoda untuk melakukan seks.

Gambar hiasan: Men’s Health

2. Otot Anda Mengecil

Testosteron membantu tubuh anda untuk menjana metabolisma untuk membina otot engan menggalakkan tubuh anda untuk menghasilkan protein bagi tujuan tersebut.

Tanpa kewujudan hormon ini anda akan mengalami  masalah untuk membina otot dan seterusnya anda bakal mengalami kehilangan otot-otot yang anda pernah bina dahulu.

Gambar hiasan: Men’s Health

3. Zakar Akan Mengecil

Tanpa aliran hormon testosteron yang lancar, tisu pada zakar dan skrotum akan mengecut dan mengecil – sebagai hasilnya zakar anda kian mengecil.

Terapi testosteron pun sukar untuk mengembalikan semula saiz zakar anda yang mengecil itu – tapi ia masih mampu meningkatkan pembesaran zakar anda mungkin dalam seinci atau dua inci.

Gambar hiasan: Men’s Health

4. Perut Anda Membesar

Mereka yang mengalami kanser prostat semuanya mempunyai masalah perut yang besar – ini pula adalah akibat daripada kekurangan hormon testosteron.

Penghasilan lemak di sekitar perut dan pinggang ini adalah dijana oleh lipoprotein lipase yang disebabkan oleh kekurangan hormon testosteron.

Baca lagi: Kesan Sampingan Vasektonomi Yang Mengejutkan Semua Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *