4 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Di Media Sosial Untuk Tingkatkan Peluang Kerjaya Anda

Anda pastinya menggunakan media sosial bukan? Jika tidak selalu, anda mungkin menggunakannya untuk membaca update terkini di Facebook atau Twitter. Walaupun anda bukan pengguna yang tegar, tapi masih anda tetap menggunakan media sosial. Tetapi apa yang jelas, sudah tentulah anda melakukannya tanpa dikesan oleh majikan anda di tempat kerja.

Jadi, oleh kerana anda sudah terikat dengannya, mengapa tidak membuat beberapa langkah ke arah yang betul? Ya, ada perkara sedemikian yang menggunakan media sosial untuk meningkatkan peluang kerjaya.  Di sini terdapat 4 perkara yang boleh anda lakukan hari ini untuk menjadi calon, pekerja, dan pengurus yang lebih baik.

1. Ikuti penerbitan industri anda

4 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Di Media Sosial Untuk Tingkatkan Peluang Kerjaya Anda

Sumber gambar: ugubuntu.com

Ini adalah cara yang paling mudah untuk membawa masuk berita industri, trend, dan updates terus kepada anda. Hanya “like” pada halaman mereka dan anda akan dapati newsfeed anda dipenuhi dengan artikel, video dan perbincangan. Maka anda boleh gunakan pengetahuan tersebut untuk menarik perhatian bos anda, rakan sekerja atau penemuduga.

2. Dapatkan foto yang profesional

Sumber gambar: intunecommunications.com

Adakah gambar LinkedIn anda menjadi kabur apabila muka anda dibesarkan di khalayak ramai? Jika begitu, tukarkannya dengan imej anda yang lebih jelas dengan latar belakang yang ringkas.

Adakah gambar profil Facebook anda kelihatan selekeh? Tukarkannya dengan sesuatu yang lebih sesuai. Adakah Twitter anda kekurangan gambar anda? Letakkan satu, ia bermakna perbezaan bagi majikan yang ingin mengupah pekerja untuk melihat wajah anda.

3. Tulis bio peribadi

Sumber gambar: collectivedge.com

Ya, ini adalah sangat penting untuk diletakkan bersama foto wajah anda. Anda beruntung kerana terdapat beberapa laman web ada menyediakan banyak template yang berguna untuk LinkedIn dan Twitter. Jadi anda tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk membuat satu yang sempurna.

4. Sertai satu group

Sumber gambar: herapybeyondthecouch.com

Terdapat bertan-tan group yang bagus di Facebook dan LinkedIn di mana anda boleh sertainya dalam konversasi yang menarik, dapatkan nasihat mengenai situasi pekerjaan, atau mendapatkan kabel yang menghubungkan anda dengan pekerjaan yang anda impikan. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya cari satu yang anda suka dan terus sertainya!

 

Baca lagi: 5 Perkara Paling Laju Di Dunia Sepanjang Masa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *