4 Perkara Menakjubkan Yang Anda Boleh Lakukan Di UK

Mengapa anda perlukan buku jika anda boleh menetapkan peraturan sendiri dan mendapatkan pengembaraan British yang unik? Berpegang kepada jadual perjalanan yang tetap boleh jadi agak membebankan kadangkala. Berikut adalah beberapa petua dan tips untuk menjadikan lawatan anda ke UK berbeza dari yang lain!

1. Jelajahi Pantai Jurassic di Selatan England

4 Perkara Menakjubkan Yang Anda Boleh Lakukan Di UK

Sumber gambar: jurassiccoast.org

Sama ada anda seorang pencinta landskap atau sejarah geografi, Pantai Jurassic sentiasa mempunyai sesuatu menarik untuk anda. Pantai ini terletak di Dorset, di selatan pantai England dan hanya beberapa jam dari London menaiki bas atau kereta. Formasi menarik batu dan fosil di Pantai Jurassic  mencartakan 185 juta tahun sejarah Bumi dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Anda boleh memilih dari sebahagian besar aktiviti luar seperti berkayak, berbasikal dan bermain layang-layang. Aataupun anda boleh menikmati angin laut yang segar sambil berjalan di sepanjang pantai yang nyaman ini.

2. Layani diri anda dengan minum petang di Sketch, Central London

Sumber gambar: sketch.london

Berehat seketika selepas meneroka di London dan manjakan diri anda dengan minuman petang yang tradisional di Sketch, Central London. Anda boleh menikmati pelbagai aneka makanan seperti sandwic yang dipotong halus, telur ikan dan telur puyuh serta pelbagai pastri dan kek yang lazat. Pelbagai jenis teh dan minuman juga turut dimenukan untuk anda pilih.

3. Terokai Tanah Tinggi Scotland

Sumber gambar: wallpapersafari.com

Dengan tasiknya yang indah, lembah yang cantik dan gunung yang indah (termasuk Ben Nevis – gunung tertinggi di United Kingdom dengan ketinggian 1,344m), Tanah Tinggi Scotland adalah destinasi yang wajib dilawati bagi sesiapa yang ingin melihat Great Britain yang sebenar. Agensi lawatan tanah tinggi percuma, The Hairy Coo, akan membawa anda melalui pemandangan yang menakjubkan termasuk Forth Bridge, Lake of Menteith, kampung Aberfoyle serta Castle Doune, yang mungkin anda cam dari siri TV yang terkenal di dunia, Game of Thrones.

4. Anda sukakan haiwan liar? Nikmati satu malam di Taman Zoo Bristol

Sumber gambar: wikiwand.com

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah rasanya untuk memiliki zoo sendiri? The Lodge, penginapan baru Zoo Bristol menawarkan lodge safari yang mewah, dengan haiwan eksotik di luar tingkap anda. The Lodge, terletak kira-kira 2 jam pemanduan dari Dorset, adalah tempat yang mewah dan menawarkan lawatan belakang tabir yang memberikan anda peluang untuk bertemu dengan beberapa haiwan terbaik di zoo ini. Anda juga dapat menikmati makan malam dengan bergayanya dengan empat aneka hidangan yang lazat serta sarapan yang disediakan oleh chef peribadi anda sendiri! Menikmati sarapan ketika Gorilla yang kelaparan di hadapan anda. Menarik bukan?

 

Baca lagi: 5 Superhero Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *