4 Penggusti WWE Yang Sangat Terkenal Dengan Aksi Lompatan Mereka

Menonton gusti kadangkala boleh jadi sesuatu yang membosankan. Namun begitu, dengan aksi lompatan yang ditunjukkan oleh para penggusti ini, terutama sekali dari tempat tinggi dan berserta dengan gerakan akrobatik, ia menjadikan perlawanan gusti itu lebih menarik. Sebab itulah pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 4 ahli gusti yang gemar membuat aksi lompatan ketika berlawan. Jom kita sama-sama lihat siapakah mereka.

Kreedit foto: Fanpop

Eddie Guerrero

Penggusti yang berasal dari Mexico ini adalah antara penggusti yang suka membuat aksi lompatan untuk menyerang musuhnya. Gerakan ‘Frog Splash’ adalah gerakan kegemarannya untuk menumpaskan lawannya. Lompatan ‘Frog Splash’ yang paling tinggi pernah beliau buat ialah dari bucu ‘steel cage’ yang berketinggian 15 kaki.

Kredit foto: Windows8osx

Jeff Hardy

Dengan gayanya yang sering menarik perhatian penonton seperti rambutnya yang berwarna-warni dan mukanya yang selalu dilukis pelbagai corak serta sering melakukan aksi-aksi lompatan berbahaya, Jeff Hardy menjadi penggusti yang sering dinantikan aksinya oleh para penonton. Jeff Hardy seringkali meletakkan nyawanya sebagai taruhan apabila membuat aksi lompatan berbahaya ini terutama sekali apabila membuat gerakannya iaitu ‘Swanton Bomb’.

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa WWE Masih Ditonton Walaupun Sudah Tahu Ia Sekadar Lakonan

Kredit foto: Daily Star

Rob Van Dam

Penggusti yang bergelar Rob Van Dam ini adalah kerana mukanya yang seiras dengan pelakon Hollywood terkenal iaitu Jean-Claude Van Damme. Namun begitu, bukan hal itu yang mahu kami ceritakan. Rob Van Dam atau RVD juga adalah penggusti yang gemar membuat gerakan lompatan yang berbahaya. Apa yang menarik tentang RVD ialah, beliau akan membuat gerakan lompatan yang sebenarnya biasa kelihatan luar biasa dan seterusnya memikat para penonton untuk menyaksikan perlawanannya.

aksi lompatan

Kredit foto: Sky Sports

Rey Mysterio

Penggusti yang cuma mempunyai ketinggian 168 sentimeter ini adalah penggusti yang sangat berani membuat aksi lompatan akrobatik untuk menyerang lawannya. Beliau tidak pernah gentar berlawan dengan pesaingnya yang berkali-kali ganda lebih tinggi daripadanya. Rey Mysterio pernah berlawan dengan Undertaker dan mematahkan hidungnya. Beliau turut dikatakan sebagai pakar inovasi gerakan lompatan apabila tampil membuat gerakan lompatan yang luarbiasa untuk menyerang lawannya.

Agak-agaknya, ada tak nama penggusti yang lain yang gemar membuat aksi lompatan yang kami terlupa untuk letakkan di sini? Jika ada, mohon anda nyatakan nama mereka di ruangan komen ye.

Baca lagi: 5 Signature Move Penggusti WWE Yang Paling Popular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *