4 Pemain Bola Sepak Kaum India Yang Pernah Menghiasi Kancah Bola Sepak Malaysia Di Era 2000

Memandangkan sekarang salah satu kaum di dalam Malaysia iaitu kaum India sedang menyambut perayaan Deepavali, maka kami di Mensive ingin sekali memeriahkan suasana ini dengan mengenang kembali pemain-pemain bola sepak kaum India yang pernah menghiasi dan mewarnai kancah bola sepak Malaysia suatu ketika dahulu.

Nama-nama yang bakal disebutkan ini boleh dikatakan sebagai tulang belakang dalam setiap pasukan yang mereka wakili. Ada yang bermain sebagai pemain pertahanan, pertengahan dan juga penyerang.

Nama-nama mereka ini dahulunya cukup di kenali pada awal era 2000. Kini ada yang sudah bersara tetapi ada juga yang masih bermain bola sepak walaupun umur sudah mencecah 40 tahun!

Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama kenali 4 pemain bola sepak kaum India yang cukup dikenali pada era 2000.

pemain bola sepak kaum India

V. Saravanan, kanan. (Kredit foto: Sinar Harian)

#1. V. Saravanan

Pemain ini berasal dari Johor dan lahir pada tahun 1978. Mula bermain secara profesional apabila beliau mewakili Perak pada tahun 1998. Antara perisitiwa yang menyebabkan V. Saravanan sentiasa diingati ialah apabila beliau menjaringkan gol kedua pada sudut yang sukar semasa Perak menewaskan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun 2000.

Saravanan juga pernah beraksi bersama dengan pasukan lain seperti UPB-MyTeam FC, Kuala Lumpur, ATM dan juga PKNS FC. Kemudian, pada tahun 2011 beliau telah bersara sebagai pemain bola sepak semasa berusia 33 tahun.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Paling Pendek Di Dunia (Pendek Tapi Power)

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Goal.com

Kredit foto: Goal.com

#2. K. Nanthakumar

Pemain yang tinggi lampai dan berukuran 1.88 meter ini telah dilahirkan pada tahun 1977. Ketinggian yang dimilikinya menyebabkan ramai lawan berasa gerun untuk berdepan dengannya. Beliau mula bermain secara profesional apabila beliau mewakili pasukan Perak pada tahun 1994 sehinggalah tahun 2004. Sepanjang bergelar pemain profesional, beliau telah mewakili Malaysia sebanyak 37 kali dan beliau juga turut digelar sebagai ‘Claude Makalele’ Malaysia.

Pada umurnya yang kini sudah mencecah 39 tahun, K. Nanthakumar masih lagi aktif bermain bola sepak dan kini beliau sedang mewakili kelab MISC-MIFA yang bermain dalam Liga FAM dan beliau telah membantu kelab ini layak untuk bermain di dalam Liga Perdana pada musim hadapan.

Kredit foto: Sinar Harian

Kredit foto: Sinar Harian

#3. Victor Andrag

Pemain ini berasal dari Bedong, Kedah dan dilahirkan pada tahun 1976. Beliau boleh dikatakan sebagai pemain bola sepak yang sangat setia dengan Kedah daripada dulu hingga kini. Dahulu, beliau telah membantu Kedah bergelar juara treble pada tahun 2007 dan 2008 apabila Kedah merangkul ketiga-tiga kejuaraan iaitu juara Liga Super, juara Piala FA dan juara Piala Malaysia.

Dahulu, semasa dibawah pimpinan jurulatih Azraai Khor Abdullah, Victor Andrag diberi kepercayaan untuk menjadi kapten pasukan Kedah. Bekas pemain pertahanan Kedah ini kini sedang menabur bakti kepada Kedah sekali lagi dengan menjadi penolong jurulatih pasukan belia Kedah.

ads-gent-grooming

Kredit foto: THR Raaga

Kredit foto: THR Raaga

#4. K. Sanbagamaran

Bekas pemain pasukan Selangor ini dilahirkan pada tahun 1972 di Kajang. Beliau yang mula bermain bola sepak di High School Kajang memulakan karier profesionalnya yang pertama bersama pasukan Selangor. Pada tahun 1996, semasa mewakili Malaysia dalam Piala Tiger, beliau telah menjaringkan hatrick dan terus mendapat gelaran ‘Super Sanba’.

Selain pernah beraksi bersama Selangor sehingga mendapat anugerah Pemain Tengah Terbaik pada tahun 1995, K. Sanbagamaran juga pernah beraksi dengan kelab-kelab lain seperti Sabah dan PKNS sebelum bersara.

Inilah dia 4 pemain bola sepak kaum India yang pernah menceriakan suasana bola sepak Malaysia pada lewat 90an dan juga awal era 2000. Adakah anda rasakan ada pemain-pemain kaum India yang lain yang patut disebut di dalam artikel ini? Jika ada, jangan segan-segan untuk beritahu di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuk Rambutnya Walaupun Selepas Beraksi 90 Minit

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *