4 Pelakon Yang Sering Mendatangkan Masalah Ketika Di Lokasi

Jika anda ingin tahu sebenarnya dunia seni ini tidaklah seindah mana dan bukan semuanya mampu untuk bersikap professional. Segelintir daripada artis memiliki sikap ego yang mana mereka suka mencari masalah dengan rakan pelakon yang lain.

Seringkali apabila kita menonton rancangan melodi terdapat pelbagai kes yang melibatkan artis tidak kira dari dalam negara malah yang berada di luar negara pun tentu ada yang memiliki sikap mementingkan diri sendiri.

Berikut adalah beberapa artis yang sering menimbulkan masalah ketika berada di lokasi penggambaran.

Gambar hiasan: CNN

1. Shannen Doherty

Pelakon wanita yang bermulut laser yang popular dengan drama Charmed dan Beverly Hills 90210 ini merupakan antara pelakon bermasalah yang sering menimbulkan pelbagai isu ketika berada di lokasi penggambaran. Antara pergaduhannya yang dikenali ramai adalah ketika dengan Alyssa Milano.

Gambar hiasan: KL Post

2. Sharnaaz Ahmad

Pelakon lelaki yang agak gangster ini sebenarnya tidak kalah juga panas barannya. Pernah menimbulkan masalah ketika di lokasi Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mana dia bermasam muka dengan pelakon Lisdawati dan terbaru apabila dia terang-terangan mengkritik hasil kerja pelakon Fattah Amin.

Gambar hiasan: Alchetron

3. Tori Spelling

Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal Hollywood iaitu Aaron Spelling ini seringkali terlibat dalam pelbagai masalah ketika di zaman remajanya. Namun perkara tersebut tidak menjejaskan langsung karier beliau malah kini beliau berjaya mendirikan rumahtangga dan membina hidup yang baru.

Gambar hiasan: Rotikaya

4. Rita Rudaini

Pelakon yang penuh dengan kontroversi ini dahulu pernah hangat diperkatakan apabila menimbulkan masalah semasa berada di lokasi. Dia dikatakan menampar pelakon Lisdawati dengankuat sehingga meninggalkan kesan tamparan pada wajahnya. Seharusnya babak itu hanya dilakukan secara sambil lewa sahaja.

Jadi benarlah kata orang dunia seni ini bukanlah seindah yang diwar-warkan setiap orang kerana terdapat pelbagai perangai pelakon dan krew yang boleh dikatakan sebagai tidak menyenangkan ramai orang.

Baca lagi: 5 Pelakon Wanita Malaysia Alaf Baru Yang Paling Disegani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *