4 Pantang Larang Ketika Bermain Pokemon Go

Akhirnya, aplikasi yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia sudahpun boleh di muat turun secara rasmi dalam smartphone masing-masing iaitu aplikasi Pokemon Go. Aplikasi ini telah masuk ke Malaysia pada 4 Ogos 2016 iaitu pada hari Khamis yang lalu.

Sejak Pokemon Go boleh dimainkan di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia kelihatan sibuk membicarakan kejayaan mereka menangkap dan juga meningkatkan level raksasa-raksasa Pokemon Go mereka. Trend ini boleh dilihat di dalam media sosial seperti di Facebook dan juga Twitter.

Walaubagaimanapun, di sebalik keseronokan bermain Pokemon Go, ada beberapa perkara harus diberi perhatian agar aplikasi ini tidak memberikan kemudaratan. Oleh kerana itu kami di Mensive telah menyediakan 4 pantang larang ketika bermain Pokemon Go agar anda lebih berwaspada semasa bermain aplikasi ini.

4 pantang larang ketika bermain Pokemon Go

Kredit foto: www.cheatsheet.com

Jangan Baling Pokeball Semasa Memandu

Oleh kerana raksasa-raksasa Pokemon Go ini boleh muncul di mana-mana sahaja termasuk ketika memandu di atas jalan raya, maka jangan cuba-cuba untuk menangkapnya ketika memandu. Ini akan membahayakan nyawa anda sendiri dan juga pengguna-pengguna yang lain. Sebaiknya, jangan aktifkan aplikasi ini semasa anda memandu agar pemanduan anda lebih berfokus.

Jangan Masuk Kawasan Larangan

Seghairah mana pun anda mencari raksasa-raksasa Pokemon ini, mohon agar anda tidak memasuki kawasan-kawasan sensitif ataupun kawasan-kawasan larangan seperti kem tentera. Kawasan seperti kem tentera ini adalah kawasan sulit dan ia berkait dengan keselamatan negara, jadi jangan sampai anda ditahan pihak berkuasa kerana menceroboh kawasan ini.

4 pantang larang ketika bermain Pokemon Go

Kredit foto: www.scmp.com

Hormati Privasi Orang Lain

Anda juga dinasihatkan agar menghormati privasi orang lain semasa bermain aplikasi ini. Jangan sampai tahap anda menceroboh halaman rumah orang lain. Ini pastinya tidak mendatangkan keselesaan dan tuan rumah juga akan rasa curiga dengan tindak tanduk anda walaupun anda cuma berniat menangkap raksasa-raksasa Pokemon. Anda pastinya tidak mahu kes seperti di Amerika Syarikat berulang di mana seorang remaja telah ditembak kerana cuba menceroboh masuk rumah orang lain.

Melangkah Ke Mana Tu?

Awasi setiap langkah anda, jangan terlalu leka melihat smartphone untuk mencari raksasa-raksasa Pokemon. Walaupun anda mahu capai level yang tinggi secepat yang mungkin, jangan sampai membahayakan diri sendiri. Sentiasa waspada dengan sekeliling anda. Anda pastinya tidak mahu bermalam di hospital kerana cedera, jadi, bermainlah secara berhemah.

Inilah dia 4 pantang larang utama yang perlu diingati oleh setiap pemain Pokemon Go. Kami berharap dengan 4 pantang larang ketika bermain Pokemon Go ini dapat menyedarkan anda tentang perkara-perkara yang harus dielakkan ketika bermain aplikasi ini. Jangan lupa kongsikan nasihat ini dengan rakan-rakan yang lain ya agar mereka turut bermain Pokemon Go dengan cara yang selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.