4 Musuh Tradisi Terbesar Dalam Liga Perdana Inggeris

Mana-mana perlawanan bola sepak yang berkaitan dengan musuh ketat adalah perlawanan yang berbaloi untuk ditonton. Jika mana-mana pasukan menang, maka penyokong pasukan yang kalah harus bersedia untuk menerima ejekan sehingga menangis atau tidak mampu berkata apa-apa. Jadi, pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 4 musuh tradisi terbesar dalam Liga Perdana Inggeris. Jom kita sama-sama lihat kelab-kelab yang terlibat sebagai musuh terbesar dalam liga ini.

Musuh Tradisi Terbesar Dalam Liga Perdana Inggeris

Kredit foto: The Guardian

Manchester United vs Liverpool

Kedua-dua pasukan ini adalah antara dua musuh terbesar dalam EPL yang mana perlawanan kedua-dua pasukan ini sentiasa dinantikan oleh para peminat bola sepak. Perseteruan antara Liverpool dan Manchester United adalah begitu hebat sehinggakan setiap kali kedua-dua pasukan ini bertemu, Sky Sports (saluran sukan) akan mencipta hashtag baru untuk menambahkan lagi kehangatan perlawanan kedua-dua pasukan musuh ini.

Kredit foto: ESPNFC

Arsenal vs Tottenham Hotspurs

Pertemuan kedua-dua pasukan ini akan membawa kepada gelaran ‘The North London Derby’. Setiap kali Arsenal dan Spurs bertemu, pastinya jumlah gol yang dijaringkan boleh dikatakan agak banyak dan beberapa insiden drama akan berlaku antara pemain-pemain dalam dua pasukan ini. Musim ini kita dapat lihat bahawa kedua-dua pasukan ini sedang bersaing untuk merebut kedudukan tempat keempat dalam EPL.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Bertaraf Bintang Yang Kini Hidup Bermasalah Selepas Bersara

Kredit foto: Getty Images

Newcastle United vs Sunderland

Kedua-dua pasukan ini turut mempunyai gelaran khas apabila mereka bertemu di dalam sesuatu perlawanan iaitu, ‘The-Tyne Wear Derby’. Ia dipanggil sebegitu kerana Newcastle United dan Sunderland terletak di bahagian timur laut England dan jarak antara dua bandar kelab ini cuma sejauh 20 kilometer sahaja.

Perseteruan antara mereka adalah hangat kerana setakat ini Newcastle sudah memenangi ke atas Sunderland sebanyak 53 kali dan Sunderland pula 51 kali.

Kredit foto: Alan Walter

Manchester City vs Manchester United

Setiap kali kedua-dua pasukan ini bertemu, semua orang akan memanggilnya sebagai Manchester Derby. Ia adalah setaraf kehangatan pertemuan United dengan Liverpool. Pertemuan pertama mereka telah berlangsung pada tahun 1881. City dan United sudah bertemu sebanyak 173 di mana United telah memenangi 72 kali daripada jumlah pertemuan dengan City.

Jadi bagi anda, perlawanan yang mana satukah patut dinobatkan sebagai perlawanan musuh tradisi terbesar dalam Liga Perdana Inggeris?

Baca lagi: Pemain Bola Sepak Yang Pernah Popular Kerana Penipuannya Yang ‘World Class’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *