4 Model Gaya Rambut Untuk Kaum Lelaki Yang Berambut Tipis

Lelaki yang berambut nipis seringkali akan berasa kurang keyakinan diri dengan gaya rambutnya sehingga perlu melalui pelbagai jenis rawatan untuk melebatkan rambut. Jika anda tersalah dalam memilih gaya, kemungkinan rambut akan kelihatan semakin tipis sehingga mempengaruhi penampilan.

Agar rambut anda dapat dilihat lebih banyak bilangannya, ada 4 model gaya rambut yang boleh anda gunakan untuk menutupi helaian rambut anda yang nipis itu.

Gambar hiasan: Men For Himself

 

1. Slicked Back

Dandanan rambut slicked back merupakan antara gaya rambut klasik yang sering digunakan untuk lelaki terutamanya yang berambut tipis. Cara menata rambut dengan gaya ini adalah sangat mudah, hanya perlu menyisir rambut ke belakang dan menggunakan pomade untuk menggayakannya.

Gambar hiasan: All Things Hair

2. Caesar Cut

Untuk menggayakan rambut nipis, gunakan gaya rambut caesar cut yang mampu untuk menutupi helaian rambutmu. Potongan rambut ini merupakan gaya short cut yang tidak terlalu pendek. Gunakan gel atau pomade untuk menggayakannya serta sisir rambut ke arah depan untuk menampakkannya tebal.

Gambar hiasan: Oh Top Ten

3. Short Spike

Gaya rambut lelaki berambut nipis yang sesuai selain dari gaya di atas adalah short spike. Gaya rambut ini memiliki potongan yang pendek dan sedikit cepak. Untuk mendapatkan kesan spiky, gunakan gel ataupun wax dan gayakan rambut agar menjadi sedikit melengkung ke atas. Gaya rambut ini pun akan memberikan ilusi seolah-olah rambut anda tebal.

Gambar hiasan: Quick Easy Hairstyles

4. Shaggy Cut

Potongan rambut dengan panjang sederhana ini sangat sesuai untuk anda yang bosan dengan gaya rambut pendek. Kesan layer pada gaya shaggy cut ini mampu melihatkan rambut tipis seperti lebih tebal. Agar ianya terlihat lebih rapi dan bergaya, jangan lupa menggunakan styling cream. Namun, kamu juga boleh membiarkannya terurai secara semulajadi.

Jangan lupa untuk kerap menggunakan vitamin rambut agar rambut anda akan sentiasa menjadi lebih sihat.

Lakukanlah rawatan rambut agar rambut nipis anda kelihatan lebih bervolume, seperti creambath, hair mask, dan memakai tonic rambut. Gunakan pula produk yang berkualiti keguguran rambut anda menjadi semakin parah!

Baca lagi: Ekspresi Imej Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.