4 Mitos Mengenai Kaedah Menarik Keluar Ketika Perhubungan Seks

Kaedah menarik keluar ini kadangkala gagal menjadi salah satu kaedah pengawal kehamilan yang terbaik walaupun hampir 60% pasangan mengamalkannya ketika bersama.

Kebanyakan pakar berpendapat kaedah ini langsung tidak membantu dan ramai juga kaum lelaki yang gagal untuk menarik keluar ketika mencapai kemuncak seksual.

Berikut adalah beberapa mitos yang berjaya kami kenalpasti ketika ini tentang kaedah tersebut.

Gambar hiasan: Shutterstock

Mitos 1 – Menarik Keluar Bukanlah Kaedah Yang Baik

Tidak ramai yang boleh menarik keluar sebelum mereka memancutkan air mani dengan tepat – menyebabkan kebarangkalian mereka untuk mengandung semakin tinggi.

Namun begitu kaedah ini boleh turut berfungsi sebagaimana penggunaan pil pencegah kehamilan dan kondom – jadi biarlah ada daripada tiada perlindungan langsung, bukan?

Gambar hiasan: Shutterstock

Mitos 2 – Air Mazi Tiada Sperma Dalamnya

Sebelum ini terdapat kajian daripada pakar yang mengesahkan sememangnya tiada kehadiran sperma di dalam air mazi seorang lelaki.

Malangnya baru-baru ini telahan tersebut disangkal apabila terdapat saintis yang menjumpai sperma yang sihat di dalam sampel air mazi seorang lelaki.

Gambar hiasan: Shutterstock

Mitos 3 – Hanya Orang Tak Bertanggungjawab Mengamalkannya

Melalui pemerhatian beberapa pasangan menggunakan kaedah menarik keluar sebagai salah satu cara untuk mencegah kehamilan yang paling berkesan.

Ramai yang tidak menganggap menarik keluar ini sebagai suatu kaedah akan tetapi ia adalah salah satu cara paling biasa digunakan untuk mencegah kehamilan dari berlaku.

Gambar hiasan: Shutterstock

Mitos 4 – Tiada Yang Baik Mengenai Menarik Keluar

Menarik keluar bukanlah salah satu kaedah pencegahan kehamilan yang paling berkesan tapi ia juga mempunyai manfaat yang tersendiri.

Kepada wanita yang mengalami masalah infeksi pada bahagian sulitnya – kaedah menarik keluar ini adalah cara terbaik untuk mereka melakukan hubungan seks dengan selamat.

Baca lagi: 3 Alasan Mengapa Kamu Harus Menonton Filem Lucah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.