4 Maskot Fast Food Ini Jika Dibuat Karakter Anime Malah Tampak Lebih Hebat..

Beberapa maskot fast food ini ternyata malah tampak lebih kacak dan menarik ketika tampil menjadi sebuah karakter Anime. Dan yang telah membuat rekabentuk serta ilustrasi maskot makanan segera saji ini untuk menjadi lebih hidup ialah seorang gadis berusia 16 tahun yang sebenarnya tinggal di Filipina Selatan.

Gadis yang bernama OzumiiWizard ini juga merupakan seorang seniman digital yang berbakat sangat besar meski usianya masih dikirakan sebagai masih sangat muda.

Gambar hiasan: Brilio

Berikut ialah beberapa karakter yang direka dari Ozumii, bermula daripada maskot McDonalds sehinggalah kepada Wendy.

McDonalds yang merupakan seorang badut telah pun ditukarkan menjadi karakter lelaki muda yang sangat kacak dan berketrampilan. Sangat berbeza dengan penampilan biasa yang selalu anda lihat bukan.

Gambar hiasan: Brilio

Colonel Sanders kelihatan sangat berbeza dengan karakter sebenarnya, ini dia diperanankan sebagai lelaki berusia yang tegap dan macho berbanding karakter sebenarnya yang menunjukkan ia seperti datuk yang tua.

Gambar hiasan: Brilio

Starbuck pula yang popular dengan ikon ikan duyung pula telah digambarkan dengan begitu comel sekali bersama rambutnya yang ikal mayang dan ekor duyung yang sangat cantik bagaikan gaun di lautan.

Gambar hiasan: Brilio

Wendy pula digambarkan sebagai gadis belasan tahun yang comel yang memiliki peranan keanak-anakan. Cukup aneh cara dia digambarkan oleh pelukis ini yang sememangnya sangat kreatif mindanya.

Lihat hebat bukan imaginasi pelukis ini, tidak disangka dia mampu menukarkan maskot ni menjadi lebih kacak, cantik dan menarik pada mata penonton.

Baca lagi: Dato Siti Nurhaliza Terpaksa Menyanyi Hang Pi Mana Ekoran Pahang Tewas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *