4 Kesalahan Pemakaian Seluar Dalam Yang Kerap Anda Lakukan

Mencari seluar dalam yang sesuai bukanlah suatu masalah yang besar. Anda hanya perlu berbelanja sedikit untuk mendapatkan yang benar-benar berbaloi.

Namun ia tidak semudah itu, anda tidak boleh mengharapkan untuk menggunakan seluar dalam yang sama untuk dua ke tiga tahun kemudian – memerlukan lebih perhatian an jagaan lebih rapi dari yang anda berikan pada pakaian lain.

Berikut adalah 4 kesalahan yang kerap anda lakukan dalam menjaga seluar dalam anda.

Gambar hiasan: Undies

Memakai Semula Sebelum Membasuh

Purata seluar dalam yang kotor mengandungi sekurang-kurangnya satu gram najis di dalamnya.

Basuhlah seluar dalam anda setelah menggunakannya dengan kepanasan yang tinggi lebih kurang 160 darjah Fahrenheit.

Gambar hiasan: Undies

Cara Mengeringkan Yang Salah

Haba di dalam pengering anda itu telah merosakkan keadaan elastik pada seluar dalam anda an menjadikan ia longgar dan berkedut.

Cuba anda keringkan dengan menggunakan kitaran yang sejuk dan lembut daripada menggunakan kepanasan haba untuk menjaga fabrik tersebut.

Gambar hiasan: Undies

Memilih Warna Yang Salah

Setiap pakaian yang berwarna putih lebih mudah menampakkan kesan kotoran terutamanya pada seluar dalam.

Cuba pilih warna yang lebih gelap kerana warna tersebut mengambil masa yang agak lama untuk pudar dan anda tak perlu untuk menggantinya terlalu kerap.

Gambar hiasan: Undies

Memilih Fabrik Yang Salah

Sebelum anda membeli satu lagi pek seluar dalam,cuba periksa dahulu label material yang digunakan.

Kapas biasa yang digunakan adalah ringan dan mudah untuk kulit anda bernafas – sesuai untuk pemakaian kasual dan hari ke hari.

Baca lagi: Bagaimana Untuk Mengekalkan Kehangatan Hubungan Jarak Jauh Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.