4 Kebaikan Senaman Yang Pasti Mengejutkan Anda

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa kita boleh mengurangkan risiko mengidap penyakit-penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung, strok dan lain-lain dengan melakukan 72 minit larian dalam seminggu.

Jurnal Perubatan British juga turut mengesahkan bahawa anda memerlukan lebih dari 5 kali lebih senaman untuk benar-benar mengurangkan sebarang peluang untuk jatuh sakit.

Perkara baiknya apabila anda kini boleh mula untuk memberi fokus kepada senaman dengan serius, anda akan mengurangkan peluang untuk anda mengidapi sebarang penyakit.

Berikut adalah 4 sebab meengapa anda harus mulai bersenam bersama jurulatih pada hari ini.

Gambar hiasan: His Potion

1. Menyelamatkan Hubungan Anda                 

Kadangkala jadual anda dipenuhi dengan pelbagai tarikh penting yang harus anda ingati kerana ia melibatkan orang yang anda sayang. Andamempunyai kemungkinan yang besar untuk terlupa salah satu dari tarikh penting tersebut.

Bersenam di gimnasium boleh membantu anda untuk mengelakkan masalah tersebut.

Adrenalin dan tenaga yang dialirkan ke otak anda ketika bersenam boleh menguatkan kembali daya ingatan anda dan boleh juga menggalakkan penjaan sel baru pada otak anda.

Gambar hiasan: His Potion

2. Menjimatkan Lebih Wang

Sebagai penulis kami tidak dapat untuk mengesahkan perkaitan antara kesihatan dan juga wang ringgit. Namun ada beberapa kajian yang dijalankan baru-baru ini mengesahkan kesihatan membantu anda memperolehi lebih banyak wang ringgit.

3 sesi yoga setiap hari boleh membantu menambahkan tahap kimia di dalam otak kita sambil ia juga meningkatkan mood anda serta mengurangkan tahap kebimbangan anda.

Gambar hiasan: His Potion

3. Menjadikan Anda Kelihatan Muda

Senaman yang tetap boleh membantu anda untuk berasa diri anda lebih muda. Ini kerana melalui senaman darah dapat dialirkan dengan berkesan ke muka anda  di mana ia boleh menggalakkan pertumbuhan kolagen dan mengelakkan penuaan.

Nutrisi yang dialirkan ke kulit ketika senaman boleh membantu fibroblast untuk bekerja dengan lebih efisyen. Dengan itu kulit anda akan kelihatan lebih muda.

Gambar hiasan: His Potion

4. Memberikan Ereksi Yang Lebih Baik

Rutin senaman yang sihat juga dikatakan boleh membantu memberikan anda vereksi yang baik.

Jika diikutkan, mereka yang banyak bersenam dan menghabiskan masa 30 minit di pusat kesihatan mempunyai peluang kurang dari 41% untuk tewas di ranjang dengan segera.

Baca lagi: Kajian: Sering Melakukan Kerja Shift, Susah Untuk Memiliki Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *