4 Jenis Sakit Kepala Yang Pelik Anda Tidak Tahu Wujud

Anda mungkin sudah biasa mendengar mengenai sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan dan mungkin yang paling anda terbiasa adalah sakit kepala akibat selesema.

Anda juga mungkin sudah biasa mendengar mereka yang mengalami sakit kepala kerana terlalu banyak minum arak.

Namun masih ada beberapa jenis sakit kepala yang amat jarang kita dengar, berikut adalah beberapa daripadanya.

Gambar hiasan: Health Today

Sakit Kepala Akibat Gerakan

Sakit kepala jenis ini berlaku beberapa ketika selepas anda melakukan sebarang gerakan fizikal dan ini seperti senaman, seks, bersin ataupun ketika anda sedang membuang air.

Apabila anda menunduk, tekanan air tulang belakang anda di dalam kepala meningkat secara tiba-tiba dan menyebabkan kepala anda berpusing untuk seketika.

Gambar hiasan: Health Today

Sakit Kepala Akibat Hypertension

Sakit kepala jenis ini seringkali berkait rapat dengan kadar tekanan darah anda. Ia hanya akan terjadi jika tekanan darah anda benar-benar tinggi.

Untuk mengurang sakit kepala tersebut, perkara paling mudah yang anda boleh lakukan adalah dengan mengurangkan tekanan darah anda.

Artritis Sel Besar

Punca sebenar sakit kepala jenis ini masih belum diketahui namun keadaannya adalah cukup serius. Apa yang kita tahu adalah ia ada perkaitan dengan pembengkakan.

Doktor selalunya akan memulakan rawatan dengan penggunaan steroid untuk mengelakkan masalah buta dan beransur-ansur memulihkan kesakitan tersebut.

Gambar hiasan: Health Today

Trigeminal Neuralgia

Semakin umur anda meningkat maka peluang anda untuk menghidap penyakit ini juga akan semakin bertambah terutama pada bahagian rahang mulut.

Rasa sakit yang teramat akan dirasai seperti kejutan elektrik ketika anda sedang menggosok gigi ataupun menyentuh dagu anda.

Baca lagi: 5 Petanda Bahawa Anda Kekurangan Khasiat Vitamin D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.