4 Hal Penting Untuk Dilakukan Sebelum Mengundurkan Diri

Sebahagian dari anda mungkin sedang bimbang, atau bahkan ada yang sudah memutuskan dengan tekad untuk mengundurkan diri dari pekerjaan pada saat ini. Memang keputusan tersebut adalah menjadi hak peribadi anda.

Banyak alasan yang biasanya dikemukakan oleh orang yang memutuskan untuk mengundurkan diri, mulai dari keinginan untuk mencari karier yang lebih baik, memutuskan untuk menjadi usahawan dan banyak lainnya.

Tapi, ada hal penting yang perlu diperhatikan sebelum anda mengundurkan diri agar tidak digelarkan sebagai pekerja yang menghilangkan diri begitu saja.

Gambar hiasan: The Balance

1. Memberitahu terlebih dahulu

Usahakan terlebih dahulu untuk memberi tahu rakan-rakan kerja, khususnya pengurusan atasan anda tentang keputusan yang anda pilih. Memberitahu mereka sekurang-kurangnya sebulan sebelum pemergian anda agar semua keperluan atau tugas dapat anda selesaikan dengan baik.

Gambar hiasan: The Balance

2. Mengucapkan selamat tinggal

Ucapkan salam perpisahan dengan baik dan sempurna. Jangan sampai anda meninggalkan kesan yang buruk sebelum anda meninggalkan tempat kerja anda.

Gambar hiasan: The Balance

3.Saling bertukar nombor

Jangan lupa untuk saling bertukar nombor telefon dengan rakan kerja anda. Meski anda bukanlah rakan kerja lagi, namun tali persaudaraan yang pernah anda ikat jangan sampai terlepas begitu saja. Hal ini juga boleh membuat network anda semakin luas.

Gambar hiasan: The Balance

4. Bicara secara peribadi

Berbicara dengan rakan kerja anda satu-persatu sebelum anda pergi adalah salah satu hal yang harus anda lakukan. Ucapkanlah permintaan maaf kepada mereka, kerana mungkin ada beberapa perlakuan anda menyakiti perasaan rakan sekerja anda.

Diharapkan semoga tips ini mampu untuk membantu anda agar dapat mengundurkan diri dari karier anda dengan cara yang bijaksana.

Baca lagi: 4 Cara Yang Paling Licik Untuk Membuat Orang Melakukan Apa Sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *