3 Usahawan Ini Jadikan Hobi Sebagai Perniagaan

Andainya ada yang mengatakan bahawa hobi yang anda sedang lakukan tidak boleh ditukar menjadi sebuah perniagaan, maka hari ini kami nak berkongsi dengan anda kisah 3 usahawan yang berjaya menjadikan hobi mereka sebagai perniagaan. Semoga dengan kisah ini dapat memberi inspirasi untuk anda menjadikan hobi sebagai  perniagaan. Mari kita ikuti kisah 3 orang usahawan ini.

hobi sebagai perniagaan

Kredit foto: darngoodyarn.com

Dari Mengait Benang Ke Mengait Duit

Selepas menamatkan servis sebagai tentera udara, Nicole Snow telah memutuskan untuk menjadikan hobinya yang suka mengait benang kepada sebuah perniagaan. Syarikatnya yang bernama Darn Good Yarn menjalankan perniagaan mengimport, memborong dan menjual secara runcit benang-benang yang digunakan untuk mengait. Disebabkan Nicole mempunyai daya seni yang sangat baik, digabung pula dengan kemahiran beliau mengait, Nicole mampu untuk mengait sesuatu yang berwarna-warni, menarik dan sangat kreatif di mana ia mampu memikat orang lain untuk membeli produknya dan apa yang lebih bagus ialah, benang-benang yang digunakan ialah benang-benang recycle.

hobi sebagai perniagaan

Kredit foto: www.etsy.com

Pukulan Bola Tenis Ialah Pukulan Berduit

Christine Watanabe adalah seorang yang sangat aktif menjalankan hobi bermain tenis. Dalam seminggu, beliau akan bermain tenis sebanyak 5 hingga 7 kali. Tetapi, beliau menemui masalah di mana tiada score keeper yang boleh mengira markah permainannya. Di sebabkan masalah inilah beliau telah mencipta satu produk yang dipanggil Score At Hand di mana ia membantu Christine mengira markahnya dan beliau tidak lagi lupa berapakah skor yang sudah dibuat ketika bermain tenis. Selain menyelesaikan masalahnya, produk ini juga telah membantu menyelesaikan masalah pemain-pemain tenis yang lain dan menyebabkan Christine memulakan perniagaan ini.

hobi sebagai perniagaan

Kredit foto: www.americanexpress.com

Bermain Game Menghiburkan Dan Menguntungkan

JT Smith sebelum ini adalah seorang penggemar board game. Beliau sudah 20 tahun menghasilkan board game buatannya sendiri. Namun begitu, beliau berdepan masalah untuk menghasilkan board game dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, beliau berusaha mencari penyelesaian dan beliau dapati solusinya ialah menghasilkan board game menggunakan teknologi dan dari sini terhasillah The GameCrafter. The GameCrafter adalah satu aplikasi web yang membenarkan sesiapa sahaja untuk mencipta board game mereka sendiri. Kemudian, selepas board game itu selesai direka di dalam web, mereka boleh meminta The GameCrafter mengeluarkan board game itu untuk mereka dengan kadar bayaran tertentu.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.