3 Set Pakaian Yang Lelaki Wajib Ada

3 Set Pakaian Yang Lelaki Wajib Ada

styleandcheek.com

Setiap kali melihat almari seringkali terfikir baju apa lagi yang boleh aku pakai untuk keluar hari ini? Asyik gaya sama sahaja, tshirt  dan seluar jeans macam tak dapat dipisahkan.  Tambahan pula asyik diulang tshirt yang sama nampak lagi bosan kehidupan kita.

Di sini kami sediakan beberapa tips pakaian kasual lelaki yang sempurna dan sesuai serta pakaian yang lelaki wajib ada untuk untuk dicuba agar dapat keluar daripada gaya fesyen yang membosankan

1.Pakaian Kasual Lelaki yang sempurna

3 Set Pakaian Yang Lelaki Wajib Ada

theidleman.com

Lelaki kalau tak keluar melepak sehari mesti tak sah! Kalau kita tengok di kedai mamak memang majoritinya adalah lelaki mungkin penat bekerja di siang hari menjadikan mereka mengambil masa pada malam hari untuk melepaskan tekanan dengan keluar bersama rakan untuk berkongsi cerita menarik yang berlaku pada hari mereka.

Oleh itu ada satu set pakaian yang wajib ada pada almari setiap lelaki itu sehelai baju tshirt lengan panjang, tali pinggang yang menarik, seluar jeans, dan juga sepasang kasut kulit. Kalau nak lepak di kedai mamak eksklusif seperti di Damansara elok juga anda pakai pakaian tersebut tapi kalau setakat mamak depan rumah apa pulak kata awak kalau dibahan kawan nanti.

Jeans pula harus pandai pilih, masukkan kedua jari ke bahagian pinggang, jika muat itulah jeans yang sesuai untuk anda.

2.Super cool

3 Set Pakaian Yang Lelaki Wajib Ada

4muda.com

Pilihan set kedua haruslah baju kemeja bewarna biru cair yang muat-muat badan , seluar hitam dan sepasang kasut kulit.

Baju ini adalah untuk keluar menghadiri temujanji bersama kekasih ataupun pergi ke restoran yang mempunyai kelas untuk makan malam. Pakaian tersebut juga mestilah sesuai digayakan pada petang hingga ke malam. Agar mata yang melihat juga tidak toleh 2 kali.

3.Pakaian untuk Tarik perhatian

3 Set Pakaian Yang Lelaki Wajib Ada

www.menswearhouse.com

Pakaian ketiga adalah suit. Pakaian ini adalah pakaian yang lelaki wajib ada untuk pergi ke majlis perkahwinan mewah sesuai juga pergi ke majlis korporat juga senang apabila sudah ada dalam simpanan untuk pergi ke majlis sebegitu juga sudah tidak menjadi masalah.

Makan malam di restoran mahal juga boleh jadi dengan memakai suit ini  bersama kekasih, pasti anda nampak hebat di mata pasangan anda!

 

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.