3 Sebab Mengapa Menyewa Menjadi Pilihan Dari Membeli Rumah

Ramai yang beranggapan bahawa hidup anda belum cukup sempurna jika masih belum memiliki rumah. Rumah adalah aset terpenting yang perlu anda pada setiap lelaki untuk menjadi satu batu ukuran pada seseorang itu selepas mereka keluar dari rumah ibu bapa dan mula hidup berdikari. Memiliki rumah adalah seperti mempunyai kehidupan sendiri di dunia yang serba asing ini.

Contohnya di rumah anda boleh lakukan semua aktiviti tanpa perlu risau akan kehadiran orang lain, memberi anda keselesaan yang tersendiri apabila berada di rumah sendiri.

Penasihat kewangan sentiasa memberikan anda nasihat bahawa membeli rumah adalah caranya. Apabila anda memilik rumah sendiri apa yang anda laburkan untuk rumah tersebut akan kembali kepada anda kemudiannya dan ini berbeza pada yang terpaksa melabur pada rumah sewa kerana rumah sewa bukan milik kita.

Selain daripada itu, membeli memang ada kebaikannya tetapi ada banyak juga kebaikan bagi penyewa. Di dalam beberapa kes terdapat lebih banyak kebaikan untuk terus menyewa rumah. Oleh itu jangan pergi ke mana-mana baca artikel ini sampai habis.

3 kebaikan untuk terus menyewa

1. Menyewa lebih murah berbanding membeli.

Bagi penyewa mungkin agak berat untuk membayar sewa dan agak sakit setiap kali mahu memberikan duit sewa kepada tuan rumah tapi bagi penyewa mereka hanya perlu risau dengan duit rumah sewa dan bil air dan elektrik sahaja berbeza dengan orang yang terpaksa membayar duit maintainance, duit cukai dan kebersihan taman. Anda juga bertanggungjawab di dalam memastikan keadaan rumah itu berada dalam paras yang baik untuk memberi keselesaan kepada penyewa.

3 Sebab Mengapa Menyewa Menjadi Pilihan Dari Membeli Rumah

www.housingwire.com

2.  Anda mempunyai kebebasan

Jika anda sudah terikat di dalam membayar setiap bulan harga rumah yang diberikan pinjam anda sudah tiada kebebasan. Namun jika anda menyewa anda mempunyai lebih banyak peluang untuk berpindah dan memilih mengikut kehendak. Contoh sebuah keluarga ini baharu sahaja mengetahui bahawa suaminya berjaya mendapat pekerjaan yang lebih elok namun tempatnya jauh dari rumah yang didiami sekarang, oleh disebabkan rumah itu hanya rumah sewa dia berjaya mendapatkan rumah yang lebih dekat dengan kawasan tempat kerja yang baharu.

ads-pomade_updated

Senario kedua pula, seorang tuan rumah yang tidak menjaga dan membaik pulih rumahnya telah membuatkan pasangan suami isteri ini berpindah. Ini antara kes kes yang selalu terjadi pada penyewa.

3 Sebab Mengapa Menyewa Menjadi Pilihan Dari Membeli Rumah

www.greenresidential.com

3. Kemudahan yang lengkap

Selalunya penyewa ini terlebih dahulu “survey” tempat yang ingin disewa dan selalunya kemudahan awam paling hampir menjadi idaman setiap penyewa. Namun jika anda tuan rumah anda harus berfikir untuk membayar duit “Maintanance” yang mana setiap bulan harus dibelanjakan.

3 Sebab Mengapa Menyewa Menjadi Pilihan Dari Membeli Rumah

www.cheatsheet.com

Itu antara kelebihan bagi mereka yang ingin menyewa, jangan risau kerana menyewa juga banyak kebaikan dari membeli rumah. Orang tua kata, ukur baju di badan sendiri. Pilihan di tangan anda.

BACA: 6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan “Nerd”

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.