3 Sebab Mengapa Lelaki Tidak Suka Mengemas Rumah

Mengemas rumah. Dua perkataan jika didengari oleh kebanyakan lelaki akan menyebabkan mereka hilang selaju cahaya. Entah mengapa, majoriti lelaki seakan-akan alergik dengan mengemas rumah, sedangkan rumah itu adalah rumahnya sendiri, tetapi mengapa malas hendak mengemas rumah?

Apakah punca dan sebabnya kebanyakan lelaki ada penyakit malas kemas rumah ini? Di sini kami ada 3 sebab besar mengapa lelaki tidak suka mengemas rumah.

Mengemas rumah kerja orang perempuan

1

Ya, inilah tanggapan yang ada pada kebanyakan orang lelaki. Mengemas rumah adalah tanggungjawab orang perempuan, bukan lelaki. Dengan berpegang kepada prinsip inilah, orang lelaki seboleh-bolehnya nak larikan diri daripada mengemas rumah. Selain itu, mengemas rumah kelihatan tidak berapa ‘jantan’ atau macho. Sebab tu orang lelaki tak suka nak kemas rumah.

 

Mengemas kerja yang remeh

2

Mengemas kerja yang remeh, serius ke? Bagi lelaki, mengemas ini remeh kerana mereka perlu teliti sewaktu mengemas. Habuk-habuk di segenap sudut harus dibersihkan, lantai perlu dimop, karpet perlu divakum dan sebagainya. Hal ini menyebabkan orang lelaki rasa remeh dan rimas untuk melakukannya. Bagi lelaki, lebih baik melakukan kerja-kerja yang lebih penting seperti tidur, menonton rancangan sukan kegemaran, melepak bersama rakan-rakan ataupun bermain futsal (serius ke ini lagi penting?).

body soap

Impian dari kecil

3

Semasa kecil, orang lelaki sering disuruh oleh ibu untuk mengemas tempat tidur dan juga rumah. Setiap tugasan mengemas rumah akan dilakukan bergilir-gilir dengan adik-adik beradik yang lain. Hal ini menyebabkan sesetengah budak lelaki memberontak lalu mereka bercita-cita apabila besar nanti mereka mahukan kebebasan di tempat tinggal sendiri tanpa perlu ada orang arahkan mereka untuk mengemas. Jadi, apabila budak lelaki sudah menjadi dewasa dan ada tempat tinggal sendiri, mereka akan kotakan apa yang telah mereka impikan sejak dari kecil iaitu tidak mahu mengemas rumah.

Itulah dia 3 sebab utama mengapa kebanyakan lelaki malas ataupun tidak mahu mengemas rumah. Walaubagaimanapun, harus diingat, menjaga kekemasan rumah ini sebenarnya sangat penting kerana ia berkait rapat dengan kebersihan. Takkanlah nak duduk dalam rumah yang kotor dan mengundang penyakit, betul tak? Jadi, kepada kaum lelaki di luar sana yang malas nak mengemas rumah, cuba-cubalah ubah sikap anda. Ini untuk kesenangan dan kesihatan anda juga.

 

*sumber gambar dari Google

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *