3 Rappers Yang Juga Berlakon Dalam Filem

Ramai rappers telah mencuba nasib mereka untuk berkecimpung dalam industri filem. Tetapi hanya beberapa sahaja yang benar-benar memiliki bakat dalam lakonan untuk menjayakan box office. Berikut adalah tiga bintang yang berjaya melakukannya dari hip hop ke skrin besar.

3. Mark Wahlberg

3 Rappers Yang Juga Berlakon Dalam Filem

Sumber gambar: businessinsider.my

Tidak semua orang tahu tentang rahsia kehidupan Bostonian ini. Sebelum tercalon sebagai pelakon dan penerbit di Oscar, Mark Wahlberg lebih dikenali dengan nama Marky Mark, seorang rapper muzik gaya kombinasi hip-hop dan Eurodance. Marky Mark memutuskan untuk mencuba nasibnya dalam lakonan. Penampilan pertamanya adalah bersama Leonardo DiCaprio dalam ‘The Basketball Diaries‘. Beliau berterusan mencetak namanya dengan pelbagai watak dramatik, aksi dan komedi dalam ‘The Yards‘, ‘Lone Survivor‘, dan filem terkini Transformers. Wahlberg juga bekerja sebagai penerbit dan mempunyai input kreatif dalam ‘Entourage‘ dan ‘Boardwalk Empire‘.

2. Ice Cube

Sumber gambar: Pinterest

Sebagai sebahagian daripada kumpulan rap terkenal, N.W.A, Ice Cube mula bergerak solo pada tahun 1990. Singlenya ‘AmeriKKKa’s Most Wanted‘ mendapat sambutan hangat serta merta dari peminatnya. Pada masa yang sama, beliau juga ingin mencuba kemahiran lakonannya dan tidak lama selepas itu beliau mendapat watak utama dalam drama ‘Boyz n Hood‘. Membintangi campuran genre yang berbeza, Ice Cube adalah salah satu pelakon yang paling serba boleh dalam senarai ini. Beberapa pilihan genre beliau ada yang dipersoalkan, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa superstar rap ini telah mempunyai satu kerjaya yang hebat dalam bisnes filem.

1. Will Smith

Sumber gambar: today.com

Bermula sebagai MC bagi duo hip-hop DJ Jazzy Jeff & The Fresh Prince pada pertengahan 1980-an, Will Smith berjaya menghangatkan beberapa single hit sebelum beliau terikat dengan isu-isu cukai yang hampir memufliskan. Tetapi nasib beliau baik apabila NBC memutuskan untuk membuat persembahan menggunakan watak beliau sebagai Fresh Prince dan dari situlah wujudnya ‘The Fresh prince of Bel Air‘. Sitkom tersebut membuatkan Smith terkenal di seluruh dunia. Dari situ, beliau terus melakonkan telatah komedi beliau dalam filem-filem seperti ‘Bad Boys‘ sebelum beralih untuk blockbusters seperti ‘Independence Day‘ dan ‘Men in Black‘. Sehingga ke hari ini beliau masih lagi beraksi untuk senarai filem-filem yang gempak.

 

Baca lagi: 4 Perkara Menakjubkan Yang Anda Boleh Lakukan Di UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *