3 Langkah Menghilangkan Kegatalan Jambang

3 Langkah Menghilangkan Kegatalan Jambang

www.buzzfeed.com

Antara punca utama mengapa lelaki berputus asa di dalam membela jambang adalah kerana kegatalan yang tidak dapat ditahan lagi. Permulaan untuk membela jambang kita dapat lihat kegatalannya akan berlaku. Ini antara 3 langkah menghilangkan kegatalan jambang.

Untuk minggu pertama membela jambang anda akan mengalami kegatalan yang amat itu menyebabkan anda berjanji tidak akan membela jambang lagi.

ads-beard-oil

 

Walaupun kegatalan itu tidak lama namun kebanyakkan lelaki tidak dapat menahannya. Jika anda pernah ada niat untuk membela jambang atau pernah mencuba untuk membela jambang ini dia kami sediakan 3 langkah menghilangkan kegatalan jambang.

1. Bersihkan jambang anda

3 Langkah Menghilangkan Kegatalan Jambang

libertygrooming.co

Bagi minggu pertama anda akan mengalami kegatalan yang mungkin menyebabkan anda tidak selesa, ini kerana rambut yang baru itu akan menyebabkan permukaan muka anda menjadi gatal. Setiap hari sel mati akan menumpahkan pada permukaan kulit disebabkan itu pembersihan harus dilakukan setiap hari. Gunakan shampu jambang agar kegatalan yang di alami pada minggu pertama pertumbuhan dapat dikurangkan.

2. Baiki Jambang anda

3 Langkah Menghilangkan Kegatalan Jambang

www.birchbox.com

Kemungkinan kegatalan yang masih berlaku selepas anda membersihkan jambang adalah kerana menggunakan alatan elektronik ataupun shampu yang agak keras bagi permukaan jambang. Jika jambang anda telah rosak ianya akan berjangkit sehingga ke akar.Perkara ini akan membantutkan pertumbuhan jambang dan juga menjadikan permukaan kulit anda menjadi gatal. Gunakan produk yang mengandungi protein dapat membantu.

3. Gunakan pelembap jambang

3 Langkah Menghilangkan Kegatalan Jambang

www.beardtrimmerreviews.co.uk

Ianya sama seperti penjagaan rambut anda, disebabkan adanya sel mati yang tumbuh selepas pertumbuhan jambang anda harus gunakan pelembap jambang bagi melembutkan lagi jambang anda. Gunakan pelembap yang diakui keberkesanannya.

Cadangan: Gunakan pelembap 2 kali sehari untuk nampak keberkesannya.

Jika anda mempunyai pengalaman di dalam membela jambang, sila komen untuk berkongsi dengan pembaca di Mensive.

BACA: 18 Gambar Mempesonakan di Bandar Paling Sejuk Dunia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.