3 Lagenda Skaters Malaysia Yang Patut Anda Kenali

Untuk hari ini, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda 3 lagenda skaters Malaysia. Mereka ini suatu masa dahulu adalah fenomena dalam sukan skateboard di Malaysia. Kegigihan dan kesungguhan mereka dalam sukan ini telah menyebabkan mereka memenangi beberapa kejohanan di samping pernah mengharumkan nama Malaysia dalam sukan skateboard ini. Tanpa membuang masa, jom kita ketahui cerita 3 lagenda skaters Malaysia ini.

lagenda skaters Malaysia

Kredit foto: www.redbull.com

Joe Ipoh

Nama sebenar beliau ialah Johary Fitry bin Khairuddin dan berasal dari Ipoh, Perak. Beliau sudah mula bermain skateboard sejak tahun 1989 dan ini bermaksud beliau sudah berada dalam bidang ini selama 27 tahun. Mendapat gelaran Joe Ipoh apabila beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dari Ipoh. Di Ipoh, beliau hanya dikenali sebagai Joe Skate. Tetapi, apabila beliau berhijrah ke KL dan terdapat ramai orang bernama Joe, maka rakan-rakannya telah memanggil beliau Joe Ipoh. Sudah memenangi banyak pertandingan dan antaranya menjadi juara dalam sukan ekstrem di Jakarta. Joe Ipoh juga sebenarnya berpeluang bertanding di Amerika Syarikat tetapi beliau gagal mendapat visa di saat-saat akhir menyebabkan beliau tidak dapat ke sana. Kini beliau aktif mengajar kanak-kanak yang ingin bermain skateboard dan sudah mempunyai kedai skateboardnya sendiri yang dipanggil sebagai G-Hard.

lagenda skaters Malaysia

Kredit foto: photomalaysia.com

Boy Ipoh

Adlan Farazi bin Mohd Ariff adalah nama sebenar Boy Ipoh. Kini beliau sudah berusia 38 tahun dan sudah bermain skateboard lebih daripada 20 tahun dan masih lagi aktif hingga kini. Seperti mana nama panggilannya, Boy Ipoh berasal dari Ipoh, Perak. Mula meminati sukan skateboard ini apabila melihat beberapa orang remaja Cina bermain skateboard di gelanggang sepak takraw di Ipoh. Kini Boy Ipoh menetap di Kuala Lumpur dan anaknya pula kini dilihat mewarisi bakatnya dalam sukan skateboarding ini. Boy Ipoh juga adalah co-founder laman web Skatemalaysia.com di mana laman web ini akan sentiasa mengongsikan berita-berita terkini tentang dunia skateboarding Malaysia dan juga event yang bakal berlangsung.

lagenda skaters malaysia

Kredit foto: youtube.com

Pa’din Musa

Pa’din Musa boleh dikatakan skateboarder Malaysia yang paling terkenal dan boleh dikatakan juga sebagai skateboarder yang paling kuat pengaruhnya dalam Malaysia yang menyebabkan ramai anak muda mahu menceburi sukan skateboarding ini. Pa’din Musa atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Musa sudah mula bermain skateboard sejak 27 tahun yang lalu. Kini Pa’din sudah berusia 41 tahun tetapi masih aktif bermain skateboard. Pencapaian terbaik Pa’din ialah beliau pernah memenangi pingat emas dalam Asian X Games pada tahun 2000 dan 2004. Beliau juga kini bergiat aktif dalam bidang membaik pulih motosikal dan mempunyai bengkelnya sendiri yang bernama Abah & Sons Co. Motorworks.

Inilah dia antara 3 lagenda skaters Malaysia yang telah menyebabkan ramai anak muda mahu menceburi bidang skateboarding ini. Boleh dikatakan, tanpa kehadiran mereka, dunia skateboard Malaysia mungkin akan menjadi suram dan muram. Walaupun sudah jarang menyertai pertandingan skateboard, mereka bertiga tetap bergiat cergas dalam menggalakkan anak muda menceburi sukan ini sebagai tanda sokongan untuk melihat sukan ini akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Adakah anda juga seorang skaters? Mungkin anda boleh kongsikan kisah anda dalam ruangan komen andainya anda pernah terpengaruh untuk bermain skateboard disebabkan 3 lagenda ini. Jangan malu-malu ya untuk tinggalkan komen anda.

Baca lagi: 5 Sukan X-Treme Yang Patut Anda Cuba Pada Tahun 2016

Join us_New

36 Comments

  1. amer

    August 24, 2016 at 7:11 PM

    Pa’din & Joe Ipoh mmg lagen dowh..

  2. Aziz

    August 25, 2016 at 9:56 PM

    Mmg tiga ni legend. Respek

  3. AH

    August 27, 2016 at 1:34 PM

    Article ni kurang tepat. Hanya 2 je. Mohon betulkan semula.

    • HA

      November 27, 2016 at 4:18 PM

      Kecoh la Aizat Haiman. What a joke la you!!!

  4. axe

    August 27, 2016 at 1:35 PM

    padin & joe ipoh 👍🏼
    boy ipoh 👎🏼 aku xpernah tgk dia skate.. aku tgk dia cmnt org byk laaa 😅😂 biar kieron dr boy

  5. Din

    August 27, 2016 at 1:40 PM

    Joe ipoh & padin true, another 1 boleh di kaji semula 👌🏾

    • Budak Perak

      December 15, 2016 at 3:31 PM

      Ko balik Kuala kaji balik la Yeop.

  6. Chad muska

    August 27, 2016 at 1:49 PM

    Joe ipoh memang legend.tengok dia melon jek dah tau pengalaman beliau.padin pula antara all around skater yang pada aku masih belum ade org bleh ganti.tp bab boy ipoh tu hanyalah seorang yang ada knowledge tak patut di pangil legend.komen org bleh la…

  7. Jamie thomas

    August 27, 2016 at 1:52 PM

    Yang boy tu ape ke hal pulak legend.silap2 tak pernah land pun smith grind…hampeh.

  8. Bojan

    August 27, 2016 at 2:17 PM

    Secara jujur nya la,boy ipoh tk deserve untk digelar legend?apa yg impact dia bagi kat scene?setakat sembang kata dia itu ini bole la..bgi example untk padin,padin deserve untk digelar legend sbb dia punya street video part yg smpai skrg skater malaysia ingat.untk joe ipoh pulak,bagi aku dia antara yg terbaik dlm skate di transition..joe ipoh berjaya tarik ramai skater baru untuk skate transition..tp untk boy ipoh?just mention dia menang first comp kat lot 10?come on itu cuma pencapaian peribadi saja.conclusion,jgn mention nama org yg tk deserve untk claim as legend ..sbb ada ramai lagi skater yg kt luar yg strunggle untk stay dalam scene and untk terus skate.kalau setakat tulis artikel yg kata dia itu ini semua boleh,skateboarding perlukan bukti mcm video part contoh nya…akhir kata,buang nama boy ipoh better ganti dgn kecik kepong lagi baik rasa nya..talk less skate more.

  9. Gorilla Biscuits

    August 27, 2016 at 2:22 PM

    padin and abg joe ipoh. RESPECT. tanpa 2 org ini, skate scene di malaysia xkan sampai tahap ni but, boy? seriously? cut the crap man. dah 2016 boy, bukan 1990. grow up and think wise man. ni skateboarding bang, bukan batu seremban. x mengapa klu tiada video part or whatnot. if u really skating people will notice it. u no legend boy. im sorry, kinda shame man.

    • harikfauzi

      August 28, 2016 at 7:32 AM

      Kalo letak Ariff Budiman mungkin sesuai…just my 2 cents…hehehe…

  10. toy

    August 27, 2016 at 11:28 PM

    lagend!

  11. Wan de real

    August 28, 2016 at 11:32 AM

    Padin ngan joe no doubt…pada aku..ada beberapa legend yg nama masih tpahat dalam otak dan memori aku yg dh tua…antaranya ah tong…boy pj…man jb…shafiq pahang/ army…am cher..ni semua antara legend the best

  12. medankidd boy

    August 28, 2016 at 1:20 PM

    Ni semua Sudah famous semua lari kl , new gen semua kena study sendiri .. Ahthong , yusman, agus baru legend ipoh bro ..

    • Thing Kit Siong

      January 10, 2017 at 8:06 PM

      Kamu pun tak study. Ah Thong pun dah lari KL lama dah. Ni lagenda Msia la bukan ipoh semata. Ngok!

  13. mamu yen

    August 28, 2016 at 2:13 PM

    Padin ngan joe mang legend komtar tingkat 5 land dekat tingkat 4 mang terbaik la bro….

  14. Sketer bui

    August 29, 2016 at 12:42 AM

    Aku skate for girl. Legend gak tu.

  15. Lil Wayne

    August 29, 2016 at 9:15 AM

    kalau ikotkan dua org je lejen Pa’din dgn Joe Ipoh. Yg lain2 kemudian…Boy? no comment

  16. Alip

    August 29, 2016 at 9:59 AM

    Admin jgn layan haters tu. Mereka tak pernah tgk sandwish fanzine yg pa’din buat tu kut. Mesti budak poser tu

    • Kambing jahat

      August 29, 2016 at 11:12 PM

      Kasi tunjuk fanzine tu tengok

  17. Kambing jahat

    August 29, 2016 at 1:36 PM

    Arif budiman , sunny , shah marley , hairulzain antara nama yang patut di senaraikan.

    Peace.

    • Kambing puteh

      November 10, 2016 at 2:35 AM

      Budiman sudah tentu. Yg lain apa contribution mereka, tak kenal pun sunny dan marley? Bob marley kenal kut. Hairulzain? Lawak antarabangsa ke apa ni. Jadi pelakun boleh la.

  18. Yamaha Lagenda 110

    August 29, 2016 at 2:18 PM

    Norizwan ni kene buat study dulu sebelum tulia article mengundang macam ni. Ni dah macam Mazidul Akmal Sidek. Tak pasal2 ada orang kene hentam. Mungkin Norizwan buat study secara online. Mmg 3 nama ni jelah yg keluar. 2 lagend tersenarai dalam sejarah benar, 1 lagend sejarah dongeng.

    Apa kata perbetulkan balik fact dalam ni? Satu malaysia ada legend.

  19. aleutto

    August 29, 2016 at 2:33 PM

    Padin & joe real pro real legacy contribution to the scene mmg byk n smpai harini still shredding… So legend yup undeniable.. But satu lg tu hmmm…

  20. Kambing jahat

    August 29, 2016 at 11:10 PM

    Aleutto 😂😂

  21. chad bukan nama sebenar.. asal dari jb...

    August 30, 2016 at 1:06 PM

    Bagi aku semua kwn2 sk8 aku.. ape kau org nk ckp. Semua ada mulut dari tahun 1990 sampai sekarang aku tetap sk8… semua budak sk8 aku tak pernah nk tikam belakang.. bayak nama2 yg kau org ckp aku kenal… aku sk8 bukan nk nama tapi nak berkawan…

    • khalil

      September 7, 2016 at 1:50 AM

      yeah,good comment

  22. Youth of Today

    August 30, 2016 at 10:04 PM

    Salute to 3 of them!!

  23. CHRIS

    August 30, 2016 at 10:09 PM

    COOL TO KNOW THAT THESE GUYS STILL SKATING. BIG THUMBS UP TO THEM

  24. UncleKasutKoyak

    August 31, 2016 at 12:52 AM

    Sudah la tu. Jom skate geng makan kari

    • Kambing

      September 8, 2016 at 5:03 PM

      Alleutto

  25. naqi

    September 3, 2016 at 11:05 PM

    Lawak lah comment korang… Hati kasi kasi clear skit.. Korang x puas hati article ni tulis boy ipoh lagend. Korang g lah jumpa pa’din dan joe ipoh sendiri.. Tanya depa layak ke boy ipoh ni lagend. Kalau depa kata boy ipoh lagend so lagend dh iktiraf lagend. Kalau depa kata hangpa pun lagend. So terima je lah. Scene kecik je pun..

  26. hafiez

    September 30, 2016 at 1:39 AM

    perak JB jgn dilupoa

  27. nor

    November 1, 2016 at 4:09 PM

    kalau rollerblade sapa tahu?yang pernah join X GAMES ke kan

  28. Biri Birit

    December 15, 2016 at 3:40 PM

    Sebelum artikel ini diterbit. Tiga tiga ni dah dpt gelaran lejen sekian lama dah. Korang dengki dgn sorang tu sbb dia suka tegur sound direct. Tak pun korang kalah comp masa dia judge. We all know tp takan sampai dengki kut. A haters is not a skater. Skateboarding is about fun. If you are a haters then bagus camner pun ko tetap bukan skateboarder. Huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *