3 Jenis Beg Yang Patut Lelaki Ada

Perempuan memiliki bermacam-macam jenis beg dari yang berjenama hinggalah yang biasa-biasa. Berbeza dengan lelaki, jikalau mereka membeli sesebuah beg tersebut sudah pasti mereka memang memerlukan beg itu untuk menyenangkan lagi kehidupan seharian mereka.

Memiliki beg adalah keputusan yang dibuat tanpa perlu berfikir dua tiga kali.

Antara fungsi beg yang perlu diambil kira adalah,

1. Beg yang ingin dibeli haruslah berfungsi – boleh menyimpan semua barangan peribadi anda.

2. Beg itu haruslah cantik – Supaya dapat dipakai di sebarang majlis formal.

3. Beg itu mestilah tahan lasak – supaya kalau pakai beg tu tahan lama, tidak mudah koyak apabila kita terkasar sikit dengan beg itu.

4. Memiliki beg membantu anda menjadi seorang yang teratur – dengan menyimpan semua alat komunikasi, laptop, atau barangan lain yang diperlukan kerja.

Ianya amat penting untuk meneliti ketiga-tiga aspek major yang perlu anda fikir sebelum membeli apa jenis beg pun.

Apa jenis beg yang anda perlukan?

  • Beg rasmi
  • Beg melancong
  • Beg yang mudah dipakai

#1. Beg bimbit kulit

Ruitertassen

Membawa laptop dengan menyimpannya di dalam beg sandang adalah perkara yang normal. Namun beg kulit yang klasik dapat perbezaan. Beg kulit menambah kualiti kerja  dan anda dapat dilihat oleh orang lain yang anda ini seorang yang profesional.

Beg kulit juga boleh dipadankan dengan apa jenis baju dan anda dapat keyakinan apabila pergi berjumpa pelanggan korporat.

#2. Beg melancong beroda

Rivello Leather

Beg kulit beroda dapat menyenangkan perjalanan anda dari stesyen keretapi ke stesyen keretapi yang lain. Beg jenis ini juga mudah dibawa ke mana-mana bahagian lapangan terbang tanpa anda perlu bersusah payah.

Kuncit utama beg ini adalah mudah dibawa dan ianya tidak memeningkan kepala, memang patut pun anda pilih beg ini sebagai beg melancong anda.

#3. Beg untuk hujung minggu

Etsy

Jika anda jenis duduk berjauhan dengan keluarga sudah pasti hari minggu adalah hari yang paling sesuai untuk balik ke kampung sekejap melihat mereka. Oleh itu, anda perlukan beg yang tidak terlalu besar dan berat untuk dibawa hanya beberapa hari bermalam di rumah orang tua. Beg untuk hujung minggu juga anda perlu ada agar anda kekal terurus.

Itu antara beg-beg penting yang perlu ada anda, pastikan anda mengasingkan beg tersebut bagi setiap keadaan agar anda lebih kelihatan segak dan kena dengan tempat. Komen di bawah!

Sumber: Real Men Real Style

BACA: Panduan Memakai Seluar Pendek Bagi Jejaka

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.