3 Helah Stail Untuk Menjadikan Anda Kelihatan Lebih Tegap

Adakah anda dari kalangan mereka yang gemar bersenam ataupun sudah berjaya mendapat tubuh yang anda idamkan?

Kami juga besedia untuk melihat lebih banyak otot dipamerkan. Namun adakah pakaian anda menjadikan anda kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar anda?

Jangan benarkan ia terjadi.

Berikut adalah beberapa helah stail yang mampu memaksimumkan otot yang kelihatan pada tubuh anda.

Gambar hiasan: Mens Health

Perhatikan Kelim Anda

Cuba anda periksa di mana garisan kelim pada kemeja di bahagian bahu anda. Jika ia terjatuh ke bawah, ia membayangkan bahawa baju itu terlalu besar untuk anda.

Namun jika ia kelihatan selari atau berada di atas bahu anda maka ia menunjukkan bahawa anda cukup bidang . Ramai orang akan membayang anda ini begitu besar sehinggakan pakaian anda pun hampir tidak muat.

Gambar hiasan: Mens Health

Mencari Muatan Yang Sempurna

Pakaian yang memiliki muatan yang sempurna berupaya untuk menonjolkan bahagian bisep dan dada anda, namun ada perbezaan antara sendat dan ketat.

Pilih saiz yang muat-muat pada lengan dan bahu anda, bukannya menonjolkan perut anda.

Gambar hiasan: Mens Health

Memilih Corak Yang Strategik

Anda tahu bahawa menggunakan corak yang melintang boleh menyebabkan anda kelihatan lebih gempal dari biasa.

Namun jika matlamat sebenar anda adalah untuk kelihatan lebih besar, maka pilihlah corak yang boleh menampakkan anda sedemikian.

Baca lagi: Terungkap! Rahsia Instruktur Fitness Ini Menggegarkan Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *