3 Cara Untuk Anda Mengenalpasti Seseorang Itu Menipu

Tentu ada ingin untuk memiliki pengesan penipuan untuk digunakan ke atas rakan-rakan anda mahupun pekerja anda yang sering menghilangkan diri ketika waktu kerja.

Walaupun mereka hanya menipu perkara-perkara remeh, setiap daripada mereka akan mempamerkan isyarat-isyarat yang mencurigakan.

Adalah menjadi tugas anda kini untuk memerhatikan dan menangkap maksud isyarat-isyarat yang mereka keluarkan.

Berikut adalah beberapa perkara yang sepatutnya anda perhatikan jika pada kesekian kalinya seseorang ingin menipu anda lagi.

Gambar hiasan: Independent

1. Dengar Sebarang Cerita Yang Tidak Konsisten

Dengar dengan teliti setiap cerita yang keluar dari mulut rakan anda itu dan cuba untuk membanding versi cerita yang pernah diceritakan kepada anda waktu-waktu yang lain.

Penipu selalunya akan berlatih berkali-kali dan mencari pelbagai alasan serta idea untuk memperkemaskan percakapan mereka kerana mereka akan berpendapat bahawa itulah yang selalu dilakukan oleh mereka yang bercakap benar.

Mereka juga akan cuba untuk kelihatan bersahaja kerana mereka ingin menutup tipu helah mereka.

Gambar hiasan: Independent

2. Perhatikan Bahasa Tubuh Yang Pelik

Perhatikan setiap gerak geri dan tingkah laku mereka dan lihat jika anda boleh perasan beberapa yang kelihatan pelik anda terutamanya jika si dia banyak menggaru hidung ataupun berpeluk tubuh ketika berbincang dengan anda.

Jangan mempercayai cakap mereka yang kerap merenung mata anda kerana ia adalah salah satu ciri penipu.

Mereka juga akan berfikir terlalu banyak tentang cuba untuk kelihatan rileks dan kemudiannya segala tingkah laku mereka akan kelihatan seperti terlalu dibuat-buat.

Gambar hiasan: Cosmo

3. Bawa Bersama Rakan-Rakan Anda

Jika anda ingin menemui rakan anda yang sudah disyaki kuat menipu, anda boleh membawa bersama rakan-rakan anda yang lain untuk turut sama menemani anda ketika bertemu dengan si dia.

Ini kerana dengan menggunakan khidmat ramai rakan lain dalam memerhatikan kelakuan dan bicara rakan anda yang disyaki itu, anda mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menangkap penipuannya secara terang-terangan.

Ini membantu untuk mengenalpasti suspek melalui pendapat ysng berbeza dan perspektif yang ramai.

Baca lagi:Mengharukan, Kisah Di Sebalik ‘Pre-Wedding’ Perempuan Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *