3 Cara Mudah Untuk Mengurangkan Sakit Lutut Dengan Makanan

Berjuta-juta orang mengalami masalah sakit lutut kesan daripada osteoartritis. Antara kaedah merawat yang sering digunakan adalah seperti mengurangkan aktiviti, mengurangkan berat badan yang berlebihan dengan suntikan steroid dan juga pembedahan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa makanan tertentu boleh membantu melegakan rasa sakit lutut yang disebabkan oleh osteoartritis. Berikut adalah apa yang perlu dilakukan:

1. Sakit lutut? Makan protein soya

Sumber gambar: ShutterStock

Menurut penyelidikan oleh University Oklahoma, orang yang mengalami masalah sakit lutut dilaporkan hilang rasa tidak keselesaan dan kurangnya pengambilan painkiller selepas mengambil protein soya setiap hari selama tiga bulan dalam pemakanan.

Soya kaya dengan isoflavones yang meningkatkan penghasilan hormon dengan ciri-ciri anti-radang. Peserta kajian menggunakan minuman campuran serbuk soya yang mengandungi 40 gram protein, tetapi menurut penulis kajian, Bahram H. Arjmandi, PhD, anda boleh mendapatkan manfaat yang sama daripada sumber-sumber seperti susu berperisa soya, edamame (kacang soya bayi) dan burger soya.

2. Buah boleh membantu melegakan sakit lutut

Sumber gambar: ShutterStock

Dalam kajian ke atas 293 orang dewasa Australia, memakan banyak buah-buahan dapat mengurangkan risiko luka pada sum-sum tulang iaitu simptom bagi masalah osteoarthritis dan sakit  lutut.

Buah yang dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian lutut adalah buah yang mengandungi Vitamin C yang tinggi seperti kiwi, oren, mangga, anggur dan betik. Para penyelidik mengesahkan bahawa Vitamin C dalam buah-buahan dapat melindungi sendi lutut dan mengukuhkan struktur tulang.

3. Makan ikan untuk melawan sakit lutut

Sumber gambar: ShutterStock

Banyak kajian mendapati bahawa ikan dan minyak ikan dapat mengurangkan  sakit sendi dan masalah kekejangan yang berpunca daripada artritis reumatoid. Kini satu kajian telah menunjukkan bahawa asid lemak omega-3  yang terdapat dalam ikan boleh menghalang bukan sahaja bahan kimia yang menyebabkan keradangan pada osteoarthritis tetapi juga sebagai protein yang dapat mencegah masalah pada rawan lutut.

Pakar nutrisi, Artemis P. Simopoulos, MD. menyarankan supaya mengambil dua hidangan ikan berminyak (seperti ikan kembung atau salmon) dalam menu secara mingguan atau ambil satu gram omega-3 dalam bentuk kapsul setiap hari.

Baca lagi: Ketahui Isyarat Pelik Daripada Tubuh Kamu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *