3 Cara Berkesan Untuk Membina Kebiasaan Mengurus Pakaian

1-new-york-city-1436563256

AskMen

Seperti kebiasaan bagi pagi anda yang sentiasa berada di tahap kemalasan yang melampau, apatah lagi di minggu kerja dari Isnin hingga Jumaat bunyi jam loceng adalah perkara yang paling dibenci sekali.

Rasa seperti mahu kembali tidur namun apakan daya tuntutan kerja lebih mustahak untuk dilaksanakan.

Perkara tersebut berlarutan sehingga hari Jumaat.

Cerita yang lebih menyedihkan adalah apabila anda dengan sengaja menganjakkan masa jam loceng itu sehingga anda tersedar, anda sudah lambat hendak ke tempat kerja.

Kemudian anda pun bangun dari tempat tidur pergi ke almari untuk melihat pakaian apa yang boleh dipakai nanti seusai mandi.

Almari berselerak, tiada satu baju pun yang telah tersedia untuk anda terus pakai kerana anda sudah lambat.

Kes ini berlarutan sehingga beberapa saat.

Untuk artikel kali ini, kami ingin mengajar tabiat gaya yang boleh anda ikut agar kehidupan anda lebih efektif dan efisyen.

Buat satu tabiat yang buat anda seronok

Macam anda pakai kasut, kemudian anda simpan kembali kasut setelah pakai tapi sebelum di simpan di dalam almari anda siapkan sudah barangan untuk mengilat kasut dan berus kasut. Perkara ini buat kan anda jadi seronok, macam contoh anda tidak suka bangun pagi kemudian terpaksa gosok baju lagi.

Dah lambat ni nak pergi ke kerja, untuk itu, apa kata sehari sebelum atau ambil masa pada hujung minggu untuk menggosok kesemua baju yang akan dipakai pada hari biasa.

0309-GQ-DI01.01

ads-perfume-with-azrel

Bayar Mereka Yang Boleh Buat Tabiat Yang Anda Benci

Macam anda yang jenis malas nak membasuh baju, anda boleh hantar baju anda ke dobi ataupun sekarang lagi senang dah ada dobi layan diri siap.

Jika anda seorang yang benci dengan menggosok baju, anda boleh hantar semua baju yang ingin digosok ke dry cleaning. Ramai je yang malas nak menggosok.

Lagi satu jika anda perasan di mana-mana anda pergi pasti ada satu posisi kecil seorang lelaki bersama peralatan membetulkan kasutnya ada sekali. Di sana anda boleh meminta mereka untuk mengilatkan kasut anda. Anda hanya perlu sediakan duit sahaja.

SONY DSC

Belajar benda baru dalam kemaskini almari anda

Macam kebiasaan anda ikat tie seperti selalu namun apa kata anda ambil masa belajar cara mengikat tie yang baru kerana dari 1 kebiasaan ada beratus cara lain boleh dibelajar.

Mana tahu anda boleh berbahagia dengan kaedah terbaru mengikat tie.

mens-wardrobe-350

Itu antara kaedah yang boleh menyenangkan anda di dalam membuat persiapan diri sebelum kerja, bukan hanya untuk bekerja, jumpa pelanggan pun anda harus bersiap elok. Komen di bawah jika anda ada sebarang perkongsian berhemah lain!

Sumber: Real Men Real Styles

BACA: Fesyen “Tie Dye” Yang Digemari Lelaki Muda

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.