3 Cara Bagaimana Mahu Berfikir Gaya Sherlock Holmes

Sherlock Holmes. Siapa tak kenal Sherlock Holmes kan. Seorang penyiasat terkenal yang sering membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan jenayah.

Sherlock Holmes adalah watak fiksyen yang dicipta oleh penulis dari British iaitu Sir Arthur Conan Doyle. Sherlock digambarkan sebagai watak yang sangat cekap dalam membuat pemerhatian, pakar sains forensik dan juga mampu berfikir secara logik yang boleh mengatasi had pemikiran seseorang manusia.

Ramai orang mengagumi cara Sherlock Holmes berfikir. Ini kerana, cara pemikirannya telah membantu pihak berkuasa menyelesaikan banyak masalah. Jadi, ramai yang mencuba mahu menjadi seperti Sherlock.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 3 cara bagaimana mahu berfikir gaya Sherlock Holmes. Semoga dengan perkongsian ini, dapat memacu anda ke arah menjadi ‘The Next Sherlock Holmes’.

berfikir gaya Sherlock Holmes

Kredit foto: Radio Times

#1. Tidak Prejudis dan Elakkan Salah Anggap

Pertama sekali, untuk berfikir seperti Sherlock Holmes, anda perlu buang jauh-jauh perasaan prejudis dan juga salah anggap. Prejudis ini adalah satu sikap di mana anda memihak kepada satu perkara, orang atau kumpulan dengan cara yang tidak adil.

Anda juga perlu pastikan agar anda tidak menjadi individu yang mudah salah anggap terhadap sesuatu perkara. Apa yang anda tahu, belum tentu betul. Jadi, anda tidak boleh bergantung harap sepenuhnya kepada pengetahuan yang anda ada, mungkin ia perlu ditambah untuk mengelakkan berlakunya salah anggap.

Baca lagi: 10 Fakta Menarik Yang Anda Patut Tahu Tentang Doctor Strange

ads-beard-oil-with-azrel

berfikir gaya Sherlock Holmes

Kredit foto: onedio.com

#2. Latih Diri Untuk Sentiasa Berada Dalam Keadaan Sedar

Memang benar kita sedang terjaga, bukan tidur, bukan mamai, tapi memang terjaga, mata terbuka. Namun begitu, berapa ramai antara kita yang betul-betul sedar? Berapa ramai antara kita yang menumpukan sepenuh perhatian dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita?

Untuk berfikir seperti Sherlock Holmes, kita mestilah berada dalam keadaan yang betul-betul sedar. Kita sedar apa yang sedang berlaku, kita sedar apa yang ada di sekeliling kita dan kita sedar apa yang kita sedang buat. Ini semua adalah penting kerana ia sebenarnya membantu kita menghargai apa yang sedang berlaku pada diri kita dan juga sekeliling kita. Tetapi bagi Sherlock, sudah tentu ia membantu dia menyelesaikan masalah yang dihadapi.

berfikir gaya Sherlock Holmes

Kredit foto: Quotesgram

#3. Jangan Pernah Berhenti Belajar

Salah satu tabiat yang sering dibuat oleh Sherlock Holmes ialah dia tidak pernah berhenti belajar. Sherlock akan belajar apa sahaja benda baharu yang baru ditemuinya. Ini kerana, setiap perkara baharu ini pasti membantunya untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Selain itu, Sherlock sentiasa mempelajari perkara-perkara baharu kerana ia dapat merangsang otaknya agar dapat berfikir dengan lebih aktif dan menjadikannya ia lebih segar supaya sesuatu masalah dapat dilihat pada skop yang lebih luas.

Sebenarnya, cara berfikir gaya Sherlock Holmes ini bukan sahaja dapat menjadikan anda sebagai ‘The Next Sherlock Holmes’, malah, anda juga boleh mengecapi kejayaan yang diinginkan di dalam hidup anda. Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menjadi ‘The Next Sherlock Holmes’?

Baca lagi: Kisah Di Sebalik Filem ‘Fantastic Beasts: Where To Find Them?’ Yang Anda Patut Tahu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *