3 Cabaran Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Berjaya

Ia adalah satu perkara yang benar-benar menarik untuk mengetahui bagaimana orang yang berjaya menghadapi sesuatu masalah.

Ketika orang lain melihat masalah sebagai satu halangan yang tidak dapat ditembusi, tetapi bagi orang yang berjaya, mereka melihatnya sebagai satu cabaran untuk disahut dan halangan untuk diatasi.

Keyakinan mereka dalam menghadapi kesusahan didorong oleh keupayaan untuk menyingkirkan segala unsur negatif yang telah lama terperap dalam diri.

3 Cabaran Yang Akan Membuatkan Anda Lebih BerjayaSumber gambar: Shutterstock

Martin Seligman dari Universiti Pennsylvania telah mengkaji fenomena ini dengan lebih mendalam, dan beliau mendapati bahawa kejayaan dalam hidup adalah didorong oleh satu perbezaan yang kritikal iaitu sama ada anda percaya bahawa kegagalan anda terhasil oleh masalah peribadi yang tidak terkawal atau ianya kesilapan yang anda boleh perbaiki dengan usaha.

Mindset kejayaan memerlukan kecerdasan emosi (EQ), dan ia tidaklah menghairankan bahawa di antara jutaan lebih orang yang telah diuji oleh TalentSmart, 90 peratus daripadanya mempunyai tahap EQ yang tinggi.

Untuk mengekalkan mindset kejayaan bukanlah perkara yang mudah. Ada tujuh perkara yang boleh menjadi halangan bagi anda.

Cabaran-cabaran ini boleh menjatuhkan semangat individu kerana ia dianggap sebagai halangan yang tidak dapat diatasi.

Namun tidak sedemikian bagi orang yang berjaya kerana bagi mereka cabaran-cabaran ini tidak akan dapat mematahkan usaha mereka.

1. Usia

Sumber gambar: wikia.com

Benar usia itu cumalah angka. Orang yang berjaya tidak akan membiarkan umur menentukan siapa diri mereka dan kemampuan mereka.

Kebanyakan orang merasakan keperluan untuk memberitahu anda apa yang patut dilakukan dan apa tidak patut dilakukan berikutan kerana faktor usia.

Orang yang berjaya tidak akan mengambil pandangan sebegitu rupa dan bagi mereka persepsi sebegitu boleh mendatangkan perubahan dari positif kepada negatif.

Mereka berpandukan pada gerakan hati dan membenarkan minat mereka terserlah dan semestinya tidak berkompaskan pada gerakan badan badan untuk menentukan diri mereka.

2. Sikap negatif

Sumber gambar: spiritualityandpractice.com

Hidup tidak selalu seiringan dengan apa yang anda inginkan. Orang yang berjaya akan memastikan masa mereka digunakan secara berbaloi.

Daripada merungut tentang bagaimana sesuatu itu boleh terjadi atau adakah ia patut terjadi, individu yang berjaya akan meluangkan masa mereka untuk merenungkan perkara yang patut mereka syukuri.

Kemudian mereka mencari penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah dan seterusnya mara langkah demi langkah.

Apabila negativiti datang daripada orang lain, individu yang berjaya akan mengelakkannya dengan menetapkan had dan menjauhkan diri daripada perkara tersebut.

Fikirkannya begini: Jika seseorang sedang merokok, adakah anda akan duduk di sana sepanjang masa menghirup asap rokok?

Sudah tentu tidak. Anda akan menjauhkan diri anda dan anda perlu lakukan hal yang sama terhadap orang yang membawa negativiti.

Satu cara yang baik untuk menghentikan perungut adalah dengan bertanyakan kepada mereka bagaimana mereka ingin menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Mereka sama ada akan memberi respon tertunduk ke bawah atau mengalihkan perbualan ke arah yang lebih produktif.

3. Ketakutan

Sumber gambar: jonathanherron.com

Ketakutan adalah tidak lebih daripada satu lintasan emosi yang didorong oleh imaginasi anda. Ia adalah berpunca daripada adrenalin yang membuatkan ketidakselesaan apabila anda berhadapan dengan sesuatu.

Ketakutan itu adalah pilihan. Orang yang berjaya mengetahui hal ini lebih baik daripada yang langsung tidak mengetahuinya. Individu yang berjaya akan memilih untuk membuang ketakutan tersebut.

Mereka ketagih kepada satu perasaan yang euphoric yang mereka dapati hasil penaklukan terhadap ketakutan dalam diri mereka.

Jangan sekali-kali berpatah balik dalam kehidupan hanya kerana anda berasa takut.

Kebanyakan orang sering menyifatkan kematian sebagai satu perkara yang paling teruk yang boleh berlaku kepada diri dan boleh membunuh.

Namun sebenarnya, kematian bukanlah perkara yang paling teruk yang boleh berlaku kepada diri anda. Perkara yang paling teruk yang boleh berlaku kepada diri anda adalah apabila anda membenarkan dalaman anda untuk mati walaupun pada luarannya anda masih hidup.

Baca lagi: 4 Amaran Kesihatan Dari Kuku Yang Anda Harus Ketahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *