3 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Lelaki Berjambang

Menjaga dan memelihara jambang bukan sekadar memiliki minyak pelebat jambang atau sering syampu jambang anda, tetapi ia lebih dari itu. Untuk memiliki jambang yang menarik dan tidak mendatangkan rasa geli orang lain, anda juga perlu memiliki ilmu tentang penjagaan jambang. Oleh sebab itulah, kami mahu membantu anda menambahkan ilmu tentang jambang agar anda boleh memiliki jambang yang menarik perhatian orang ramai, mungkin termasuk gadis idaman anda.

Berikut adalah 3 buku yang patut dibaca oleh lelaki berjambang.

Kredit foto: Dover Publications

The Art Of Growing A Beard

Apa yang menarik tentang buku ini ialah, ia telah ditulis dalam era 70an tetapi isinya masih kekal relevan hingga kini. Buku yang ditulis oleh Marvin Grosswirth ini menceritakan tentang perkara-perkara yang harus dilakukan dalam menumbuhkan jambang agar seorang lelaki itu tampil lebih yakin kerana memiliki jambang yang cantik dan berkualiti.

Isi-isi di dalam buku ini disampaikan secara santai tetapi masih padat dengan info-info yang membantu seseorang lelaki untuk menumbuhkan jambang. Buku ini sememangnya patut dimiliki oleh mereka yang baru atau sedang menumbuhkan jambang.

Baca lagi: 5 Misai Terbaik Di Dalam Filem

Kredit foto: Build A Beard

The Facial Hair Handbook

Buku yang ditulis oleh Jack Passion ini menerangkan tip-tip tentang penjagaan jambang. Perkongsian di dalam buku ini akan membantu seseorang lelaki untuk memastikan jambang mereka sentiasa berada dalam keadaan baik. Bagi lelaki yang berjambang, pastinya mereka tidak mahu jambang mereka kelihatan kotor dan tidak menarik. Jadi, buku ini sesuai untuk memastikan jambang anda terjaga rapi.

Apa yang menarik tentang buku ini ialah, ia hanya mempunyai 100 muka surat sahaja. Jadi, anda boleh habis membaca buku ini dengan segera. Segala info tentang penjagaan jambang telah diisi dengan padat tetapi tetap berkualiti.

buku yang patut dibaca oleh lelaki berjambang

Kredit foto: Amazon

The Bearded Gentleman

Sememangnya, terdapat banyak gaya jambang yang ada di dunia ini. Setiap orang pastinya ada gaya jambang yang digemarinya. Namun begitu, kesilapan memilih gaya akan menyebabkan ia kelihatan tidak sesuai pada wajah anda. Sebab itulah, buku ini dihasilkan agar dapat memberi panduan kepada anda untuk memilih gaya jambang yang sesuai.

Allan Peterkin dan Nick Burns, iaitu penulis buku ini, telah menyenaraikan lebih 50 gaya jambang berserta dengan info asal-usul gaya jambang tersebut, bagaimana nak melebatkan jambang dan bagaimana nak menjaga jambang dengan baik. Buku ini penuh dengan illustrasi dan arahan-arahan yang sememangnya membantu anda memiliki jambang yang menarik.

Selepas baca 3 buku yang patut dibaca oleh lelaki berjambang, jangan lupa juga untuk dapatkan Mensive Moustache and Beard Oil, barulah jambang anda akan menarik, berkualiti dan meletup!

Baca lagi: 5 Gaya Rambut Anime Yang Patut Dicuba Oleh Kaum Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *