Rambut bukan sahaja mahkota buat wanita, tetapi ia juga adalah mahkota buat lelaki. Lelaki juga turut takut andainya berlaku keguguran rambut, sama seperti wanita. Ini kerana, rambut boleh menjadi lambang keserian wajah seseorang lelaki.
Tetapi, apabila seseorang lelaki membuat gaya rambut yang tidak sesuai, maka seri muka tidak akan naik malah akan memberi gambaran yang lebih selekeh. Itulah yang telah berlaku kepada para pemain bola ini apabila gaya rambut pemain bola sepak ini tidak sesuai dan kelihatan teruk untuk wajah mereka.
Oleh itu, dalam artikel ini kami telah senaraikan 21 gaya rambut pemain bola sepak yang teruk dan selekeh. Jom kita tengok.
Kredit foto: guymanningham.com
Buat gaya rambut sikat tepi agar dapat melindungi bahagian kepalanya yang keguguran rambut.
Kredit foto: mirror.co.uk
Walaupun gaya rambutnya buruk tapi gaya permainannya cantik.
Kredit foto: angryofislington.com
Rambut ini dibuat pada tahun 2004. Mungkin mahu menjalankan bisnes madu.
Kredit foto: footyfair.com
Beckham berkata dia mungkin melakukan gaya rambut ini semasa dia sedang mabuk.
Kredit foto: bayer04.de
Adakah mungkin Frank Rijkaard meludah rambut Voller kerana tidak tahan melihat betapa buruknya rambut Voller pada Piala Dunia 1990?
Kredit foto: thefamousepeople.com
Walaupun sudah tampil lebih 400 kali bersama kelab seperti Sunderland dan Newcastle, beliau hanya diingati disebabkan gaya rambutnya yang buruk.
Kredit foto: menshairforum.com
Menampilkan gaya rambut yang berpintal-pintal seperti seorang kanak-kanak riang.
Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuk Rambutnya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi
Kredit foto: sportskeeda.com
Rambutnya juga dipintal-pintal sama seperti Sagna, cuma bezanya ada hairband pada dahinya yang luas itu.
Kredit foto: goal.com
Lagenda bola sepak yang lebih dikenali disebabkan rambut menggerbangnya yang berwarna kuning.
Kredit foto: bleacherreport.com
Menurut pandangan orang ramai, rambutnya adalah seperti kartun ‘Sonic the Hedgehog’.
Kredit foto: thesportbuzz.com
Gaya rambut ini dibuat pada tahun 2004 dan katanya terpengaruh dengan band Duran Duran.
Kredit foto: squawka.com
Pemain antarabangsa Belgium ini sebenarnya tak perlu warnakan rambutnya, sebab beliau membuatkan rambutnya yang buruk semakin buruk.
Kredit foto: pys01.com
Membuat gaya rambut mohawk dengan meletakkan warna kuning di hujung-hujung rambutnya.
Kredit foto: scoopnest.com
Gaya rambut ini menampakkan Poborsky seperti seorang ibu.
Kredit foto: box2boxfootball.com
Adakah beliau cuba tunjukkan bahawa beliau obses dengan nenas?
Kredit foto: mirror.co.uk
Joe Cole seolah-olah mempunyai ekor pada kepalanya dengan rambut berwarna merah itu.
Kredit foto: jhefefutbol.wordpress.com
Entah apalah yang Figo fikirkan apabila sanggup buat gaya rambut seperti ini.
Kredit foto: redcafe.net
Tocang rambutnya ini telah digelar seperti ekor memerang.
Kredit foto: express.co.uk
Rambutnya kelihatan seperti cheese yang ditabur dengan begitu banyak di atas goreng pisang.
Kredit foto: edgardaily.com
Dengan rambut seperti ini, seolah-olah ada pokok kaktus tumbuh subur di kepalanya.
Kredit foto: edgardaily.com
Di Malaysia, orang memanggil gaya rambut ini seperti watak ‘Pekan’. Tetapi katanya, gaya rambut ini diinspirasi daripada haiwan iaitu tenggiling.
Adakah anda bersetuju dengan pilihan kami ini? Jika anda rasakan ada gaya rambut pemain bola sepak yang lebih teruk dan selekeh berbanding senarai kami, sila tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.
Baca lagi: 9 Pemain Bola Sepak Ini Tidak Pernah Mendapat Kad Merah Sepanjang Karier Mereka