20 Pemain Bola Sepak Tergemuk Sepanjang Zaman

Jika anda bermain bola sepak, memiliki saiz dan berat badan yang ideal adalah sangat membantu dalam mengekalkan prestasi terbaik anda. Ini kerana, anda boleh mengawal bola dengan baik, berlari dengan pantas, melompat dengan mudah dan macam-macam lagi yang anda boleh buat dengan mudah apabila memiliki berat badan yang ideal.

Namun begitu, memiliki badan yang besar ataupun gemuk, tidak bermaksud anda tidak boleh bermain bola sepak. Jadi, untuk artikel kali ini, kami nak berkongsi dengan anda 20 pemain bola sepak tergemuk sepanjang zaman. Artikel ini boleh menjadi bukti bahawa anda boleh bermain bola sepak walaupun memiliki badan yang gemuk dan besar.

mido

#20. Mido

Pemain ini menunjukkan aksi yang memberangsangkan pada umur awal 20an. Semasa mewakili Tottenham Hotspurs, Mido menjaringkan 11 gol daripada 27 penampilan. Ini adalah prestasi terbaik Mido. Walaubagaimanapun, beliau sering berdepan dengan masalah kecergasan dan berat badan yang mengakibatkan beliau bersara awal pada usia 30 tahun.

genero#19. Genero Zefuik

Genero bermain di posisi penyerang dan walaupun baru berusia 25 tahun, beliau memiliki badan yang agak besar. Namun begitu, di sebalik saiznya yang besar, Genero sudah mempunyai 32 caps antarabangsa bersama dengan Belanda. Beliau kelihatan sangat gemuk semasa mewakili Hearts di Liga Perdana Scotland.

Baca lagi: 9 Pemain Bola Sepak Ini Tidak Pernah Menerima Kad Merah Sepanjang Karier Mereka

ads-gent-grooming

ronaldo

#18. Ronaldo

Walaupun berbadan besar, Ronaldo adalah pemain bola sepak bertaraf lagenda; sebaris dengan lagenda seperti Pele, Maradona dan Messi. Walaupun pada hujung kariernya beliau mengalami banyak kecederaan, sepanjang kariernya Ronaldo pernah memenangi 18 piala, termasuk Piala Dunia, Piala UEFA dan juga La Liga. Beliau juga pernah merangkul Ballon d’Or dua kali dan Pemain Terbaik Dunia FIFA 3 kali.

micky

#17. Micky Quinn

Micky Quinn adalah seorang penyerang prolifik walaupun memiliki badan yang agak berisi. Dia pernah diejek dengan ayat “Who ate all the pies” oleh penyokong lawan. Namun begitu, penyokong Micky membalas ejeken tersebut dengan ayat “He’s fat, he’s round, he scores at every round, Micky Quinn…” Micky telah menjaringkan 227 gol dalam 535 penampilannya tetapi sayangnya beliau tidak pernah berjaya mendapat tempat dalam pasukan England.

kevin

#16. Kevin Pressman

Penjaga gol yang bertubuh gempal ini sudah bermain bola sepak selama 22 tahun. Kelab yang paling lama diwakilinya ialah Sheffield Wednesday di mana beliau bermain selama 17 tahun di sini. Sepanjang bermain bola sepak, beliau sudah terlibat dalam 500 perlawanan. Selain Sheffield Wednesday, Kevin pernah mewakili kelab Leceister City, Mansfield dan juga Portadown.

neil

#15. Neil Ruddock

Walaupun berbadan besar, Neil Ruddock berjaya mewakili England pada tahun 1994 semasa menentang Nigeria. Beliau juga menunjukkan prestasinya yang terbaik semasa mewakili 4 kelab ini iaitu Southampton, Tottenham Hotspurs, Liverpool dan West Ham. Pencapaian yang paling membanggakan Neil ialah apabila memenangi Piala Liga pada tahun 1995 semasa mewakili Liverpool.

andy

#14. Andy Reid

Andy Reid adalah seorang pemain bola sepak yang berbakat besar dan mampu menggunakan kaki kiri dengan sangat baik. Tetapi, Andy lebih dikenali kerana tidak memiliki tubuh badan seperti seorang ahli sukan. Walaubagaimanapun dia pernah bermain selama 8 musim dalam Liga Perdana Inggeris dan berjaya mendapat 29 caps bersama dengan Ireland.

mehdi

#13. Mehdi Ben Slimane

Mehdi membuat penampilan sulung bersama Tunisia semasa berumur 20 tahun. Beliau mengembangkan karier bola sepaknya di benua Eropah dengan mewakili kelab-kelab seperti Marseille, Freiburg dan Borrusia Monchengladbach. Beliau adalah pemain sayap berkemahiran tinggi dan pernah bermain untuk Tunisia dalam Piala Dunia 1998.

padyy

#12. Paddy Kenny

Paddy adalah seorang pemain yang dihormati dan disanjungi, namun begitu beliau sering berdepan dengan satu masalah yang cukup besar; berat badannya. Neil Warnock yang pernah menjadi jurulatihnya berkata, “Perkara pertama yang saya buat semasa melatihnya ialah menyuruhnya untuk berdiet. Dia suka makan piza, burger dan chips dalam satu hari yang sama.” Sudah bermain sebanyak 654 perlawanan tetapi masalah kecergasan menyebabkan beliau jarang mendapat tempat dalam pasukannya.

ferenc

#11. Ferenc Puskas

Ference Puskas adalah pemain bertaraf lagenda. Sepanjang kariernya, beliau sudah menjaringkan 616 gol dalam 620 perlawanan di peringkat kelab dan telah menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan semasa mewakili Hungary. Beliau juga pernah masuk ke perlawanan akhir Piala Dunia bersama Hungary. Beliau menjadi semakin gemuk pada penghujung kariernya dan hampir sukar untuk diturunkan dalam sesebuah perlawanan.

ads-beard-oil-with-azrel

jon

#10. Jon Parkin

Seorang pemain yang agak berbakat dalam bidang bola sepak. Jon yang dilahirkan di Barnsley pernah mewakili kelab-kelab seperti Hull City, Stoke City, Preston North End dan Cardiff City. Walaupun berketinggian 6 kaki 4 inci, Jon adalah seorang pemain yang gempal.

ivan

#9. Ivan Valenciano

Pemain ini menghabiskan kebanyakan masa kariernya di liga Amerika Selatan. Sepanjang 19 tahun bermain bola sepak, Ivan sudah berpindah kelab sebanyak 16 kali. Seorang penyerang yang hebat di Colombia tetapi semasa bermain di Itali dengan kelab Atalanta, prestasi beliau menurun dan hanya bermain 5 kali. Ivan mempunyai 29 caps bersama Colombia dan pernah mewakili Colombia dalam Olimpik 1992 dan Piala Dunia 1994.

steve

#8. Steve McNulty

Steve adalah pemain bola sepak yang lahir dari akademi bola sepak Liverpool. Walaubagaimanapun beliau tidak pernah mendapat peluang untuk bermain dengan Liverpool. Majoriti daripada masa kariernya banyak dihabiskan dengan bermain di liga peringkat 4 dan 5 di England. Seorang pertahanan yang bagus cuma mempunyai masalah kegemukan. Kini Steve bermain dengan Tranmere Rovers.

jan

#7. Jan Molby

Pemain yang berasal dari Denmark ini adalah seorang pemain tengah yang sangat baik dan mempunyai prestasi yang cemerlang semasa bersama Liverpool. Jan kekal bersama Liverpool selama 12 tahun (1984-1996) dan membuat hampir 300 penampilan. Jan juga disenaraikan dalam ‘Players Who Shook The Kop’ dan berada pada kedudukan ke 16. Namun begitu, semasa awal 30an, masalah berat badannya menjadi isu utama. Menamatkan kariernya dengan kelab Swansea City pada tahun 1998.

jeoren

#6. Jeroen Verhoeven

Penjaga gol dari Belanda ini memulakan kariernya dengan Ajax Amsterdam. Tetapi, beliau berpindah ke kelab lain sebelum sempat beraksi bersama Ajax. 9 tahun kemudian beliau kembali dan hanya bermain 3 kali dalam masa 3 tahun. Oleh kerana badannya yang gemuk, beliau sering diejek oleh penyokong pasukan lawan. Walaubagaimanapun, beliau pernah memenangi Liga Belanda sebanyak 2 kali semasa mewakili Ajax.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

ads-pomade_updated

adriano

#5. Adriano

Suatu masa dahulu, Adriano adalah penyerang yang cukup berbahaya. Beliau mampu bergerak pantas, mempunyai kawalan bola yang baik dan rembatannya memang cukup padu seperti peluru berpandu. Namun begitu, disebabkan masalah kegemukkan dan kecergasan, karier Adriano terumbang-ambing dan menyebabkan beliau telah bersara awal semasa baru berusia 27 tahun. Beliau kini dikatakan terlibat dengan kegiatan-kegiatan samseng di Brazil.

neville

#4. Neville Southall

Neville adalah penjaga gol bertaraf dunia dan juga merupakan lagenda untuk pasukan Everton. Beliau menghabiskan masa 17 tahun bersama dengan Everton di mana beliau sudah merangkul 9 piala dan membuat 747 penampilan. Neville juga sudah membuat 92 kali kemunculan bersama pasukan Wales. Beliau juga tersenarai sebanyak 4 kali dalam PFA Team of the Year dan memenangi FWA Player of the Year.

tomas

#3. Tomas Brolin

Tomas mula menjadi perhatian kelab-kelab di Eropah selepas Piala Dunia 1994. Tomas pernah memenangi Coppa Italia, UEFA Cup Winners Cup, UEFA Cup dan UEFA Super Cup semasa mewakili Parma. Pada tahun 1995, Leeds United membawa masuk Tomas dan menyangka mereka memiliki pemain yang hebat. Malangnya, Tomas gagal sembuh daripada kecederaannya dan sentiasa tidak cergas. Beliau menjadi semakin gemuk dan telah bersara pada usia 28 tahun.

ailton

#2. Ailton

Seorang penyerang yang berbakat besar dan berasal dari Brazil. Mempunyai badan yang agak besar dengan ketinggian 5 kaki 8 inci. Beliau menggunakan tubuhnya yang gempal untuk mengatasi pemain lawan. Namun begitu, kelebihannya itu tidak sesuai untuk digunakan untuk semua keadaan. Walaubagaimanapun, Ailton berjaya menjaring 205 gol dalam 476 perlawanan. Beliau pernah mewakili kelab Werder Bremen, Schalke dan Besiktas.

william

#1. William Foulke

William Foulke ataupun lebih dikenali sebagai William ‘Fatty’ Foulke, adalah pemain bola sepak tergemuk sepanjang zaman. Beliau adalah penyerang yang mempunyai berat 152 kilogram. Foulke menghabiskan kebanyakan masa kariernya dengan Sheffield United. Beliau juga pernah bermain untuk Bradford dan Chelsea di samping mendapat satu caps bersama dengan England pada tahun 1897. William pernah memenangi Liga Divisyen 1 sekali dan Piala FA dua kali.

Sumber info dan gambar: The Sportster

Baca lagi: Pemain Bola Sepak Yang Pernah Popular Kerana Penipuannya Yang Bertaraf World Class

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *