2 Sebab Mengapa Tidak Ramai Wanita Sukakan Seks Oral

mengapa wanita tidak sukakan oral seks

Kredit foto: www.medicaldaily.com

Satu kajian di Kanada mendapati bahawa, tidak semua wanita menyukai mengadakan hubungan seks secara oral. Kajian ini dilakukan kepada 500 orang wanita terpilih dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa 300 daripada 500 orang wanita ini akan melakukan seks oral semasa mengadakan hubungan seks.

Walaubagaimanapun, tidak semua 300 orang wanita ini benar-benar menyukai seks oral yang dilakukan oleh mereka. Hanya 28% daripada 300 orang wanita yang benar-benar menikmati seks oral ini.

Mengapa sedikit? Mengapa tidak ramai wanita yang sukakan seks oral? Maka untuk artikel ini kami di Mensive menyediakan 2 sebab mengapa tidak ramai wanita sukakan seks oral.

Ia Adalah Arahan

Ramai wanita masih menganggap apabila melakukan hubungan seks, kaum lelakilah yang paling banyak mendominasi. Jadi, apabila si lelaki menyuruh mereka lakukan apa yang si lelaki nak, maka si wanita terpaksa akur walaupun si wanita ini tidak gemar dengan apa yang dilakukannya termasuklah melakukan aksi seks oral. Hubungan seks sepatutnya adalah sesuatu yang harus dinikmati kedua-dua pihak. Jadi, si lelaki sepatutnya bertanya sama ada pasangannya sukakan aksi yang dilakukan ataupun tidak.

mengapa wanita tidak sukakan oral seks

Kredit foto: consciouslifenews.com

Memberi Dan Menerima

Orang lelaki suka apabila orang perempuan melakukan oral seks kepada mereka, tetapi, orang lelaki tidak membalas perbuatan ini kepada orang perempuan. Dalam kajian ini, 19% wanita mengatakan bahawa hubungan seks akan menjadi lebih nikmat jika si lelaki membalas semula seks oral yang telah diberikan oleh si wanita. Jadi, dalam hal ini, sepatutnya ada give and take daripada kedua-dua belah pihak agar hubungan seks yang dilakukan akan mendatangkan kepuasan yang maksima.

Walaubagaimanapun di dalam Islam, terdapat percanggahan dalam hal seks oral ini. Ada yang mengatakan ia harus dan ada juga ia diharamkan. Jadi, untuk kepastian dan juga untuk mendapatkan jawapan yang sahih, mungkin anda boleh bertanya kepada para ustaz yang lebih pakar di dalam hal ini. Lagipun, kajian ini dilakukan di Kanada yang majoritinya adalah penduduk bukan Islam. Namun begitu, kesimpulan yang penting kita boleh buat ialah, apabila mengadakan hubungan seks, baik lelaki ataupun wanita, kedua-duanya haruslah berpuas hati agar hubungan seks yang dilakukan adalah sesuatu yang dinikmati.

Sumber: Men’s Health

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.