13 Dialog Menarik Dari 2 Filem Trilogi ‘Rock’ Yang Sentiasa Melekat Dalam Ingatan Penonton

Pada 27 Oktober 2016 nanti, akan ditayangkan siri terakhir filem trilogi ‘Rock’ iaitu ‘Rock Bro’.  2 filem arahan Mamat Khalid sebelum ini iaitu filem ‘Rock’ dan ‘Rock Ooo’ telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan para penggemar filem Malaysia.

Siri pertama trilogi ini iaitu filem ‘Rock’ mengisahkan tentang perjalanan hidup Zack dan juga ahli kumpulan muziknya bernama Rimba Bara. Pelbagai cabaran dan halangan perlu ditempuhi oleh kumpulan Rimba Bara dalam menaikkan nama kumpulan mereka agar dikenali di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, perjuangan Zack bersama Rimba Bara tidak kekal lama kerana Zack perlu menghormati keputusan ayahnya yang mahukan dia bekerja tetap di mana Zack mendapat kerja di pejabat pos dan sudahpun mendirikan rumahtangga.

dialog menarik

Kredit foto: Finas

ads-mens-grooming

Untuk siri kedua trilogi ini pula iaitu filem ‘Rock Ooo’, ia mengisahkan tentang bagaimana Rimba Bara bersatu semula selepas ketiadaan Zack. Disebabkan semangat juang mereka yang sangat tinggi, Rimba Bara yang terdiri daripada Amy Mat Piah, Jijo, Black, dan Slash bertekad meneruskan usaha mereka agar nama Rimba Bara akan terkenal di persada seni tanah air.

Jadi, untuk menambah rasa semangat dalam diri anda untuk menonton siri terakhir trilogi ‘Rock’ iaitu filem ‘Rock Bro’, kami telah menyenaraikan di sini sejumlah 13 dialog menarik yang boleh anda dapati dalam dua filem sebelum ini iaitu ‘Rock’ dan juga ‘Rock Ooo’.

Dialog-dialog ini dipilih kerana ia masih diingati sehingga kini dan ada antara dialog tersebut telah memberi kesan dalam kehidupan para penonton filem-filem ini. Malah, ada juga antara dialog-dialog tersebut seolah-olah memberi kritikan secara sinis kepada beberapa pihak tertentu.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat 13 dialog menarik pilihan Mensive.

Kredit foto: Retro Evergreen

Kredit foto: Retro Evergreen

Filem ‘Rock’ (2005)

#1. “Sekarang aku nak tanya korang, apa sumbangan kita untuk tanah air? Hmm…kan. Hmm…kan. Untuk tanah air dan sumber pendapatan. Aku tengok Amy Search tu, huu, dah bawak Honda Accord dah! Herrr… kan. Honda Accord, engkau tahu kan? Sekarang, daripada hari ini kan, termeterailah perjanjian Rimba Bara untuk menjadi sebuah band rock yang berwawasan! Kan, kan? Hmm… aaa… kan? Hmm… Tengok wayang nak?” – Jijo

#2. “Zack, bagi aku E. Eeeeee… Eeeeee… Eeeeee… A? Aaaaaa… Aaaaaa… Hey! E? Apa khabar Manjoooi?!” – Amy Mat Piah

#3. “Hey Rimba Bara! Kecil tapak tangan, tin buruk kami tadahkan. Argh!” – Zul Kapan

Baca lagi: 5 Band Yang Pernah Merwarnai Scene Muzik Underground Malaysia Era 90an

ads-pomade_updated

Kredit foto: Mai Day

Kredit foto: Mai Day

#4. “Pak Ndak aaa. Dia la yang main petik je nama Rimba Bara ni, kan. Nama tu melekat sampai sekarang. Dia kata nama macam tu boleh pergi jauh la. Tapi aku tengok dia tak pergi jauh pun, pakai vespa jugak. Kat rumah dia tu, rekod satu almari, nyanyi haram, main muzik, jauh sekali.” – Jijo

#5. “Mana pulak si Amy ni? Tak tepati masa langsung. Tak tepati masa ni kan, kau tahu tak, boleh merosakkan bangsa tau. Tak tepati masa, dengan rasuah. Dua ni.” – Jijo

#6. “Hey encik! Saya tak ada Ayah Chu untuk Abang Long bagi borang tender, tahu tak? Saya tak perlukan surat sokongan dari siapa-siapa pun. Ye, betul. Ilmu saya tak cukup sampai ke ilmu jampi masa interview, tapi dengan sijil saya, dengan falsafah hidup saya dah cukup kuat untuk pegang jawatan ini. Tapi kalau encik fikir kami yang berambut panjang ni macam beruk, saya sanggup potong encik. Demi encik! Terima kasih encik. Assalamualaikum. Huh!” – Zack

Kredit foto: Wikiwand

Kredit foto: Wikiwand

Filem ‘Rock Ooo’ (2013)

#1. “Abang jagalah diri baik-baik dalam jail tu. Kalau sabun jatuh, jangan pungut.” – Jijo

#2. “Hmm… Amy, kau apa cerita Mi? Haa… Kita Mi, kalau dah takleh menyanyi, kita terima jelah hakikat. Ann… ann… ann… Balik kampung je jual ais kacang. Ann… ann… Macam kapal selam la Mi, kalau dah takleh selam naik ke darat buat reban. Ann… ann?” – Jijo

#3. “Tiga perkara yang boleh meruntuhkan negara. Pertama ialah rasuah. Kedua tidak menepati masa dan ketiga ialah cinggey (teman wanita).” – Jijo

#4. “Pantang anak petani moden mengundur kalah. Ayuh kawan-kawan. Kuala Lumpur, I’m comeback!” – Amy

Baca lagi: 3 Band Jiwang Yang Pernah Mencairkan Hati Para Gadis

ads-beard-oil

Kredit foto: Rollo De Pelicula

Kredit foto: Rollo De Pelicula

#5. “Kalau dalam keadaan darurat macam ni, barulah kita tahu yang rockers tu bersatu. Rockers! Bersatu! Hahaha!” – Jijo

#6. “Fahmi memang hebat. Tak minum arak, tak judi, tak kaki perempuan. Tapi… Haa, tapi tu lah dia. Macam-macam penyakit dalam dunia ni Mi. Ann… Ha… Gout tu! Gout tu boleh menjatuhkan negara tu. Haa…” – Jijo

#7. “Zul, Zul, sabar Zul. Aku pun lapar Zul. Aku pun lapar. Kau kena sabar Zul, kau kena beriman. Aku ni pun baru masuk Islam pun beriman Zul.” – Jijo

Tak dinafikan, watak Jijo adalah watak yang sentiasa keluar dengan pelbagai dialog yang menarik, yang cukup berisi dan mendalam maksudnya. Mungkin sesuai dengan peranannya sebagai ketua kumpulan Rimba Bara.

Kami di Mensive berharap dengan perkongsian dialog-dialog menarik daripada dua filem ini dapat menambah rasa semangat anda untuk menonton filem ‘Rock Bro’ yang akan ditayangkan pada 27 Oktober 2016 nanti. Jika anda seorang rockers, maka anda perlu bersatu untuk menjayakan filem ini. Yeah!

Andainya anda ada dialog-dialog lain daripada dua filem ini yang menarik perhatian anda dan masih anda ingat, jangan lupa untuk kongsikan dengan kami dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 4 Rock Band Ini Diarahkan Penganjur Untuk Menipu, Tetapi Penganjur Yang Kena Tipu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *